Friday, November 1, 2019

Apa Maksud Jika Platelet Tinggi?




Kita biasa maklum platelet yg rendah bila terkena denggi yg menandakan jangkitan.Tapi apa maksud platelet tinggi pula.

Platelet tinggi adalah keadaan di mana darah mengandungi lebih banyak platelet daripada biasa. Platelet adalah serpihan sel darah yg membantu pembekuan darah. Dalam orang yang sihat, biasanya ada 150,000 hingga 450,000 trombosit per microliter darah. Kiraan platelet yang tinggi boleh dikenal pasti melalui ujian darah rutin/blood test.

Platelet tinggi dibahagikan kepada dua kategori perubatan: thrombocythemia utama dan thrombocytosis sekunder. Dalam thrombocythemia utama, penyebab platelet tinggi tidak diketahui, dan ia berlaku sebagai keadaan bebas. Dalam trombositosis sekunder, platelet tinggi berlaku sebagai gejala penyakit atau keadaan lain, seperti anemia, jangkitan atau kanser.

Kehadiran platelet tinggi jarang dikaitkan dengan kecemasan perubatan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, platelet tinggi boleh menyebabkan pembekuan darah, pendarahan atau strok. Dapatkan rawatan perubatan  jika platelet tinggi disertai dengan sakit kepala yang berterusan, kesukaran bernafas, pening, kejang, perubahan dalam ucapan, atau kekeliruan atau kehilangan kesedaran untuk seketika.

Untuk Masalah yang SA hadapi lebih kepada Thrombocythemia, iaitu penyebab platelet tinggi tidak diketahui. So SA hanya perlu pantau kesihatan..bulan depan SA kena buat blood test lagi kat klinik biasa. Nak tengok turun x platelet tu...start sekarang SA kena jaga pola pemakanan SA, Lebihkan senaman dan bersukan serta menjaga berat badan. 

Haih macam- macam kan..kalau berat badan kurang lain plak sakitnya...kalau berat badan naik lain plak jadinya...pelik betul bila dah meningkat usia ni....

14 comments:

  1. New knowledge for me pasal platelet tinggi ni. Apa2 pun semoga kesihatan SA sentiasa dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  2. Get knowledge from here.. Thanks Kak SA.. And get well soon...

    ReplyDelete
  3. Terimakasih berkongsi info..
    mcm akak dulu2 tak amik tau pun istilah perubatan ni
    dh disahkan sakit jantung
    baru tau apa tu endoskopi,mri,angiogram..

    ReplyDelete
  4. moga platelet normal hendaknya....bru rietta tahu platelet tinggi pun ada masalahnya...biasa dgr paltelet rendah kalau dijangki demam denggi...

    ReplyDelete
  5. jadi SA kena kurangkan makan sayur hijau la yek supaya darah tak terlalu pekat.
    tapi ammi pun tak pasti sangat sebab bergantung tgk kita dalam blood group apa juga. kalau org darah O lain diet pemakanan dengan org darah AB, B.

    ReplyDelete
  6. biasa dgr psl platelet darah ni bila ada yg kena denggi sbb die akan drop..kalo tinggi tk pernh dgr..tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Baru tau juga ni..banyakkan rehat ye SA..moga semuanay adlaam keadaan baik-baik aja..

    ReplyDelete
  8. take care kak.. semoga semua baik2 saja =)

    ReplyDelete
  9. Tq sbb share SA, yelah biasa kita dengar psl platlet rendah je...

    ReplyDelete
  10. Mahal betul harga sebuah kesihatan kan kak. Peringatan juga untuk kami semua. Btw, banyakkan berehat & semoga akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. Baca entry akak baru tahu ada platelet tinggi. Sellau dengar yang rendah saja.apa apa pun semoga baik baok saja untuk akak

    ReplyDelete
  12. Take care kak semoga kadar platelet akk Makin ok

    ReplyDelete
  13. kurang arif bab platelet ni. Bagus juga akak share dapatlah ambil tahu sikit. Apepun jaga kesihatan ye kak

    ReplyDelete
  14. owhh platlet tinggi pun jadi masalah jugak ek...baru tahu...biasanya kalo pesakit denggi, platlet dia terlampau rendah...so kena naikkan dengan makan sup ketam dengan brokoli or jus daun betik..kalau platlet tinggi kena turunkan ke kadar normal la kan...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah