Wednesday, November 20, 2019

Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi....

Kajian baharu untuk terus mendapatkan maklumat lanjut dalam usaha menangani kekurangan zat makanan di rantau ini


Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.

Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka.




Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes, hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka dan satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan,3 hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi dan sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.

"Lebih membimbangkan lagi ialah penemuan yang menunjukkan bahawa, secara purata kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu setiap hari, dan hanya 5% kanak-kanak sebenarnya meminum dua hidangan susu setiap hari,6 iaitu jumlah yang disarankan untuk membantu mereka mendapatkan keperluan harian kalsium dan vitamin D," tambah Profesor Poh.



Profesor Poh menekankan kepentingan sarapan untuk semua. "Sarapan perlu menyediakan 20% hingga 25% daripada keperluan pemakanan harian kita.7 Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang biasa makan sarapan lebih cenderung untuk memiliki pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi,8" katanya.

Profesor Poh juga menyarankan supaya tabiat minum susu sebagai sebahagian daripada amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.




SEANUTS I merupakan satu kajian penting yang membantu membentuk fokus DLMI di Malaysia. Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata tinjauan yang diperoleh daripada penyelidikan ini membawa banyak pembaharuan dalam produk tenusu untuk menangani jurang nutrisi yang terdapat di kalangan kanak-kanak Malaysia. Ini termasuk peningkatan dalam tahap Vitamin D yang diperkayakan dan mengurang atau tidak menggunakan sukrosa atau gula tambahan.

"Hasil kajian SEANUTS I juga berjaya diterjemahkan ke dalam program pemakanan dan gaya hidup sihat untuk kanak-kanak sekolah seperti DrinkMoveBeStrong, yang menggalakkan pengambilan dua gelas susu dan satu jam aktiviti fizikal sehari di bawah program anugerah sekolah kerajaan," katanya.
Tarang berkata kesedaran akan jurang nutrisi juga menggalakkan DLMI menganjurkan kempen sarapan setiap tahun sejak 2016. Ini dilakukan untuk menggalakkan keluarga Malaysia mengambil lebih banyak susu.

"Sarapan adalah makanan pertama yang diambil selepas 8 hingga 12 jam berpuasa dari makanan terakhir. Sarapan memberi tenaga kepada badan dan otak kita dengan menyediakan nutrisi yang kita perlukan untuk menjalankan kehidupan harian kita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengiktiraf susu sebagai sumber makanan lestari atau makanan lengkap, membantu mengelakkan penyakit tidak berjangkit di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak."

"Inilah sebabnya sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami terus menggalakkan pengguna untuk mengambil sarapan pagi kegemaran warga Malaysia, misalnya nasi goreng, sandwic atau nasi lemak bersama susu untuk sarapan pagi yang lengkap."

Memandangkan susu mengandungi beberapa mikronutrien termasuk kalsium dan Vitamin D, makan sarapan bernutrisi yang merangkumi susu membantu orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi keperluan mikronutrien harian mereka," katanya.

Menyentuh tentang sarapan pagi untuk kanak-kanak sekolah, Tarang berkata: "Dutch Lady Milk Industries Berhad membekalkan susu kepada kanak-kanak di Terengganu dan Kelantan di bawah Program Susu Sekolah Kementerian Pendidikan dari tahun 2010 hingga 2017; dan kami ingin terus membekalkan susu kepada kanak-kanak yang masih bersekolah menerusi Program Sarapan Pagi yang dijadualkan bermula tahun depan."

"Sarapan pagi yang sihat yang merangkumi susu bukan sahaja membantu menangani tiga masalah kekurangan zat seperti yang dilaporkan dalam SEANUTS I, ia juga akan membekalkan nutrisi penting lain yang mana ramai kanak-kanak Malaysia tidak mendapatkannya dengan cukup daripada pengambilan makanan mereka," katanya.

Tinjauan yang didapati daripada SEANUTS I amat penting dalam mengenal pasti jurang nutrisi yang wujud di rantau ini. Walau bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk membantu semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi untuk menangani isu-isu ini. Oleh itu, FrieslandCampina dan UKM hari ini menandatangani perjanjian yang membuka jalan bagi kajian kedua yang akan dijalankan, iaitu SEANUTS II.

Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.




Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia," katanya.

Panam berkata pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. "FrieslandCampina telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS II," katanya.




"Kajian ini akan memberi kita lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka," tambah Panam.

Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

10 comments:

  1. Ibu bapa yang kurang pengetahuan dan tidak peduli tentang nutrasi untuk anak-anak mereka serta kecenderungan ibu bapa memberi creamer pekat manis yang disangka susu untuk sarapan anak-anak mereka juga kecenderungan ibu bapa memberi anak-anak mereka makan fast food munkin punca utama anak-anak tidak mendapat nutrasi yang sempurna.

    Sebiji telur setiap pagi pun munkin boleh membantu dalam mengatasi kekurangan nutrasi untuk anak-anak mereka, dan menyimpan stok pisang atau buah kegemaran anak-anak mereka pun turut membantu, tapi tak ramai ibu bapa yang ada kesedaran itu, sebaliknya makanan tersebut seolah-olah makanan bermusimbuat keluarga. Owahhh..panjang pulak ulasan ahkak ni...hehe. semuga berguna

    ReplyDelete
  2. memang betul, mana ada budak yang suka makan buah dan sayur, kalau ada pun tak banyak...

    ReplyDelete
  3. Anak anak saya kalau makan sayur tengok jenis jugak. Buah pun sama. Tapi balance dengan susu lah. Nasib baik diorang suka susu Dutch Lady..

    ReplyDelete
  4. lambakan jajan kat pasaran/kantin sekolah buatkan kanak2 lagi suka makan benda tak berfaedah daripada makan nasi. kalau mkn nasi pun, mesti nak ayam je. ikan xnak, sayur taknak especially sayur hijau..buah pun payah budak nak makan.

    ReplyDelete
  5. Banyak sgt processed food sekarang ni tu belum lagi fast food & semua jajan yg sangat menarik.. Mak2 tgk pun mmg excited. Kena disiplin kan anak2 dari kecik.. Bagi sikit2 takpe tapi bukan di rumah, masa outing saja tapi kena berpada2..

    ReplyDelete
  6. Anak-anak saya sendiri tak terlepas makanan jaajan dan fast food ni.. Salah sendiri juga sebenarnya ni..

    ReplyDelete
  7. ibu bapa kena main peranan...
    nice share...

    ReplyDelete
  8. kadang2 rasa bersalah juga bila terpaksa ignore permintaan anak tapi tu laa nutrisi lebih penting kan

    ReplyDelete
  9. Bagus juga ada alternatif lain menggunakan tenusu bagi penuhi nutrisi penting untuk pembesaran anak anak.

    ReplyDelete
  10. teringat kecik2 dulu kita memang kurang berat badan...tahap underweight, darjah 3 ke tak silap, berat hanya 18 kg..sampai degree, berat 35kg aje pada umur 24 tahun...then start minum susu full cream, baru lah berat boleh naik..sekarang, nak overweight pulak! haha!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah