Monday, November 4, 2019

Gelapnya Bumi Seremban...

Hi korang....

Sekarang kan musim hujan...pagi panas...tengahari panas..tiba petang gelap betul nak hujan..KL hari- hari hujan...eh...bukan KL jer ok...Seremban pun sama...tengok jer la sekarang ni..kalau nak basuh baju dan jemur baju memang la kena cepat2 time matahari ada..dalam pukul 2-3 petang tu kena la angkat cepat2 kain..kalau tak....selamat kena hujan.....

Kat bawah ni gambar- gambar yang sempat SA ambil masa kat Seremban baru- baru ni...pukul 4 petang dah macam pukul 7 malam dah...lepas tu hujan lebat dan sesetengah tempat air akan naik...bila hujan- hujan lebat ni mesti seram...nak plak kalau siap pakej kilat, petir or guruh berdentum...





Rasanya seluruh Malaysia hujan lebat sekarang kan...sekarang banyak bertumpu ke kawasan Pantai Timur kan..tak nak banjir teruk macam 2014 kalau tak salah...banjir yang teruk giler masa tu kan...mintak dijauhkan la..sekarang area Selangor, Johor dan Melaka yang selalu banjir..Seremban pun sama gak...ada sesetengah tempat yang banjir...SA jatuh kesian pada mereka yang terlibat dengan banjir..kalau boleh sendiri tak nak terlibat langsung sebab susah kot..mana nak pindahkan family, barang- barang dan bila dah surut air nak balik rumah, bersihkan rumah semula..banyak kerja kan...sebab tu SA tak sanggup kalau terlibat dengan banjir ni...entah macam mana  la perasaan mereka- mereka yang terlibat dengan banjir sepanjang tahun..semoga mereka yang terlibat tabah hadapi dugaan...

14 comments:

  1. dah musim hujan kan. kami kat kedah ni sebulan dah la orang kampung takleh nak menoreh getah :(

    ReplyDelete
  2. Betul. Sekarang memang musim hujan. Ni Port Dickson pun baru lepas hujan.

    ReplyDelete
  3. utk org yg rumah berdekatan dengan sungai especially. Ammi ada kawan2 kat Bt. 18, Hulu Langat tu...kesianlah. Asal hujan je rumah masuk air. Nak buat camnakan..kesian dorang

    ReplyDelete
  4. Tulah...Kat site buat kerja separuh hari je...lepas tu hari hujan. huhuhu je laaa

    ReplyDelete
  5. tu kira ok kul 4 petang SA, kat rumah aritu masa hari sabtu belum kul 1 tgri dah gelap macam dh manghrib... rasanya semalam je kl n selaongor tak hujan... harini mula gelap dh ni berangin je

    ReplyDelete
  6. Jabatan meteologi meramalkan th ni banjir lbh dasyat berba ding th lps..

    ReplyDelete
  7. suka tengok awan hitam sebenarnya sebab cantik juga. tapi seram tu adaaa.. takut tiba2 hujan turun menderu. skrng mmg ptg2 hujan.. sejuk je =D

    ReplyDelete
  8. Tu lah.. kalau boleh, tak nak dah tempuh musim banjir nie.. Tak lalu..

    ReplyDelete
  9. yea betul. pagi, t/hari elok panas. tetiba petang hujan. kemain lebat plak tu siap guruh/ petir.

    ReplyDelete
  10. memang musim hujan sekarang ni. Tiba petang je hujan.

    ReplyDelete
  11. sama kak johor ni...tiap petang mesti hujan...da masuk musim tengkujuh kan...kalo panas pun ade sehari je la dalam musim tu...tiberr terik je...kena la kuar siram pokok...haha

    ReplyDelete
  12. sekarang musim hujan je kat klang especially petang2. balik kerja lencun2 semua

    ReplyDelete
  13. skarang musim ujan..ptg2 dr opis shah alam mula la mendung ..risau kot banjir je sbb byk contruction

    ReplyDelete
  14. Memang musim hujan sekarang ni kan kak. Kadang duk office tu tak sedar pun cuaca gelap tahu tahu je hujan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah