Friday, November 15, 2019

First Try Dania Masak Bihun Singapore

Hi korang...

Pagi semalam Dania whatsapp SA tanya macam mana nak masak bihun Singapore. Ekceli SA tak pernah buat pun bihun ni kat rumah Seremban. Tapi pernah la buat kalau bawa bekal pergi kerja..well SA bagi tau la macam yang kat dalam screenshot tu..nampak anak dara dah ada effort nak masak sendiri. Ni mesti kes atuk ngan uwan takde kat rumah kan..dia memang tak suka dah ikut atuk dia pi memana. mesti semalam atuk balik kampung tengok kebun.Rupanya semalam dia tak sekolah sebab exam SPM. Macam banyak kali pulak cuti diorang ni..seronok betul jadi budak sekolah.


Conversation SA dan Dania


Hasilnya...

Hasilnya Dania tunjukkan semalam....amboi siap goreng keropok lagi...ni la kerja dia kalau sorang- sorang kat rumah. SA memang suka dia independent macam ni..ada effort..senang kalau duduk asrama nanti kan..cuma satu je la..takde sayur. lepas tu tanya la kenapa potong-potong bihun tu halus sangat..dia kata..laaaa mama cakap masak macam biasa macam masak nasi goreng...haaaa kan ada rupa nasi goreng tu...allah anak oiiii.....itu dah halus betul bihun nya...lepas tu tanya lagi...sedap tak?
eh..eh...riak plak...siap cakap tengok la siapa yang masak....ikut perangai atuk sangat...sabar jer la...

So menjadi la tu cubaan dia tu...so dah boleh la masak sendiri...nasi goreng dah pandai buat...bihun dah pandai...lepas ni nak ajar masak benda lain plak la....

15 comments:

  1. Yang menampakkan rasa dia bihun singapore, mungkin lada hitam & lada putih tu la kan? Hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha comel je jawapan dia.
    tu mesti kes sambil gaul sambil cocok2 sudip. its ok as long as she has the effort

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dah pandai msk pun dania..:)

    ReplyDelete
  4. Dah sesuai dah kalau ada orang nak masok meminang ni.... :D

    ReplyDelete
  5. Dania dah boleh harap masak di dapur.. pasni pasti lagi banyak menu ingin dicubanya

    ReplyDelete
  6. wah...pandainya dia.. good god!
    Iris baru pandai masak nasi... and nugget..tu pun dlm air fryer
    he he he.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah lega anak dah mula berdikari mcam ni kan kak.. waa pandailah dania masak nampak sedap

    ReplyDelete
  8. Ai suka bihun macam ni..

    psstt: Lama tak singgah sini sebab tak boleh bukak dekat tempat kerja. Balik rumah pulak dah sibuk dengan hal rumah.

    ReplyDelete
  9. Memang ikut berbakat mcm mama dan atuknya, teror masak.. bagusla dania

    ReplyDelete
  10. anak dara sudah besar tu...good girl

    ReplyDelete
  11. Okay dah ni kak untuk first time masak menu baru. Janji ada effort dan rajin nak masak :)

    ReplyDelete
  12. Kira menjadi juga tu kak. Takpe bileh improve lagi masa akan datang

    ReplyDelete
  13. Pandai dah anak dara SA masak ya, pertama kali cuba biasa lah SA ada yang terkurang. InsyaAllah lain kali mesti dah pandai macam Mama dia juga..

    ReplyDelete
  14. yang penting sedappp...rupa tu boleh improve lagi..tahniah dania! tiberr ucapan macam juri masterchef

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah