Monday, November 11, 2019

Lebih 20 Tahun Terpisah Bertemu Kembali Di GSC Palm Mall

Hi korang....

Semalam SA temankan adik SA yang ibu si kembar tu tengok wayang citer PUSAKA...mulanya malas nak tengok sebab SA ni penakut citer hantu...tapi Dania pun sibuk nak tengok...lepas tu memang takde agenda lain semalam, last minit mak plak nak ikut..boring duduk rumah sebab abah pergi mancing katanya...cadang nak tengok pukul 3.30 petang punya tayangan..tapi hall penuh so tengok pukul 4.15 yang kebetulan ada 4 seat belakang kosong...terus jer beli tiket..then bawak mak pergi minum sekejap kat Muo Cafe. Tak makan berat pun sebab kami baru makan tengahari dan masih kenyang..so snacking je la..yang tu nanti SA share...pukul 4.05 petang SA naik panggung dengan Mak, Lisa dan Dania plak pergi beli pop corn dengan air..tetiba ada orang cuit belakang SA...masa tu x tau nak kata apa terus peluk, jerit..sebab lama tak jumpa kan...mengalir air mata sebab kalau Noor Rosmizan tak tegur SA...memang  SA tak perasan dia. Wajah dia pun dah banyak berubah dan SA plak memang rabun.. lupa plak pakai spec...allah tak tau nak cakap macam mana masa tu..memang kami berdua berpeluk lama...knowing Ros memang kuat berborak..tapi tak dan kami nak berborak lama..kalau takde Mak memang kidnap Ros...biar anak2 dia pi tengok wayang ngan husband dia dan Adik SA da Dania pi masuk tengok Pusaka. 

20 tahun terpisah...SA pergi masa dia kahwin..lepas SPM je tak lama tu dia kahwin dah..memang Ros kahwin awal dan anak pun dah besar- besar. Yang sulung dah kerja dan yang lain ada yang dah masuk U. Cepat betul masa berlalu. 



Gambar ni SA send kat kawan- kawan yang lain sebab memang kami terpisah lama dengan Ros ni..Kawan SA yang lain ada yang SA selalu jumpa..masing- masing semua happy. SA ada add Ros kat FB, tapi dia tak berapa aktif. Di kata bukan jiwa dia main FB...

Dah jumpa ni...dah ada no phone, dah tau macam mana nak hubungi Ros..lepas ni SA plan nak buat reunion dengan kawan- kawan yang lain..dulu kami ada 6 orang yang rapat sangat..pergi dan balik sekolah sama- sama. Lepas habis belajar terpisah pulak...tak tau la nanti sure havoc masing- masing kalau jumpa...

19 comments:

  1. seronokkan kalau terserempak dengan kawan lama..nak-nak yg dulu pernah rapat dengan kita

    ReplyDelete
  2. Bestnya jumpa kawan lama semula kan. 20 tahun berpisah kemudian berjumpa semula siapa yang tak seronok

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. seronok diketemukan sahabat lama kan kak..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... seronok juga bila dapat jumpa kawan-kawan lama...

    ReplyDelete
  5. Dapat bayangkan apa perasaan SA masa tu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,

    Pertemuan bukan kita yang merancangnya,
    Tapi adalah perancangan Allah
    Dan perancangan Allah adalah tepat

    ReplyDelete
  7. Lama gila 20 tahun terpisah ! Mama auni pun sekarang rajin buat reunion.. Best kan merapatkan ukhwah kembali :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah SA, jalinkan semula ukhuwah yang lama terputus kan :) lawa kawan SA ni macam SA juga kan :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, seronok jumpa kawan lama ...

    ReplyDelete
  10. Memang excited lah kalau jumpa kawan lama. Tapi disebabkan kekangan masa susah dah nak jumpa. Cuti sem tak sama.

    ReplyDelete
  11. wah..bestnya jumpa kawan yang dah lama tak jumpa..hilang rindu..:)

    ReplyDelete
  12. Bila terjumpa macam ni, memang rasa nak sembang sampai 2,3 hari tanpa ada gangguan.. sejuta perasaan sukar nak digambarkan..

    ReplyDelete
  13. lama betul tak jumpa, nasibla masing2 masih kenal lagi... banyak benda nak bual kan bila jumpa tu kan SA

    ReplyDelete
  14. 20 years! lama tu. Kalau Ros boleh kenal lagi SA, means dat SA tak banyak la berubah la ye.. maintain dari dulu sampai skrg :)

    ReplyDelete
  15. Bestnya dpt jejak kasih semula. Say pun rmi kawn yg x jumpa 20 tahun lebih pun ada

    ReplyDelete
  16. Seronok lain macam kan kalau jumpa dengan kawan yang dah terpisah lama.

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah.. seronok kan dapat jumpa kawan rapat masa sekolah. Kak Sue masih keep in touch lepas jumpa balik kalau tak silap tahun 2002..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah