Thursday, November 14, 2019

Lunch Laksa Kedah...

Hi korang...

Dah nama pencinta laksa..apapun terjadi tetap la akan order laksa. Kebetulan kawan opis buka order laksa...SA order jer la...sebelum ni dia buat laksa letak telur puyuh..semalam takde plak telur puyuh...SA peduli apa..SA makan je..janji sedap..so lunch SA semalam adalah laksa..cili tu memanggil- manggil tapi SA tak nak tanggung risiko SA buang je cili tu...kang sakit balik perut satu hal kan...awak tu dah la sensitif x kena tempat...


SA suka sebab banyak timun..bawang tu suka gak...dan dia letak daun selom


Kuah dia kalau pekat lagi sikit sure lagi best...eh..rasa nak buat laksa lagi plak weekend ni...


Alhamdulillah...lunch SA settle tengahari semalam..tapi kenyang sekejap je..SA lapar semula pukul 5 petang. Kebetulan ada buah pear..so makan la buah pear tu...pun kenyang kejap je...SA semalam sibuk dan balik dalam pukul 8 keluar office. Penat tak leh bawak bincang..lapar pun ye jugak..tapi beli je roti krim..makan roti krim..balik umah cuci kain..on kan machine pagi subuh baru SA sidai..tapi tengah malam perut berbunyi...bangun minum air segelas pas tu tido sampai pagi...malas nak layan perut lapar..hahaha...sebab kan tu jugak hari ni SA tak cargas....padan muka..dengan sakit kepala..dengan rasa nak demam..haihh......sabar jer la..

20 comments:

  1. nampak gaya lunch hour esok kena pi cari jugak la laksa ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. Kat ofis Sha pun ada laksa sedap. Kuah pekat, banyak dan yang buat musykil, rasa dia konsisten sama je. Tu yang kalau beli siap bungkus bawak balik, hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dapat makan laksa..kalau laksa pekat bertambah sedapnya. wahh sejak pandai melaksa, setiap minggu nak melaksa ye kak :)

    ReplyDelete
  4. sedap nampaknya tu SA, dana pun suka laksa, semua jenis laksa mmg peberet

    ReplyDelete
  5. sebelum demam perlu makan sedap-sedap dulu..

    bila sudah hilang selera..apa-apa makanan sedap tidak ada nikmatnya lagi

    ReplyDelete
  6. feveret kita juga ni, laksa. tapi betul SA, kalau lunch makan laksa ke, mee ke, mihun ke, jap gi pkul 4 lebih perut dah lapar semula. huhu. tue yang malas nak mkn laksa & seangkatan time lunch. prefer cari nasi juga.

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa ada kawan buka order utk laksa. Kat KL ni susah nak dpt orang jual laksa tengahari. Memang kenyang sekejap.. tp niqmat masa makan laksa tu.. rasa terpejam pejam mata hehe . anyway.... take a good care. kalau rasa nak demam tu makan ubat ye!

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh sedapnya laksa.. kat kawasan saya laksa dia cair, tak seberapa lah rasanya.

    ReplyDelete
  9. npe la kan opis saya tak de org open order mcm nie.. sedapnye kak SA..

    ReplyDelete
  10. Rindu pulak nak makan laksa kedah :P #BW

    ReplyDelete
  11. Beli kat mana laksa tu. kalau ada geng hantu laksa buat sendiri puas makan kan

    ReplyDelete
  12. kami laksa biasa beli je. haha. jarang buat sendiri. kami dulu ada geng2 dari utara,dorang semua hantu laksa!

    ReplyDelete
  13. dapnya nampak...adoi la. lama x makan laksa.
    and ayam percik, and char keow teow, and mcm2 la.. he he he.

    ReplyDelete
  14. saya [enah makan ke laksa kedah ni? mcm x penah laa

    ReplyDelete
  15. Kalau ai makan laksa mesti nak letak nenas.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya laksa...kuah tuh pekat

    ReplyDelete
  17. Sedap nih Fav makan laksa kedah tapi nak extra cili potong br umphhh

    ReplyDelete
  18. sedapnyaaa...dah lama tak masak laksa..ri tu last makan yang housemate bawak balik dari kampung

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah