Sunday, November 3, 2019

Sarapan Hari Ini 3 November 2019

Hi korang....

Sarapan apa pagi ni.....

SA pagi-pagi tadi buat sarapan Nasi Goreng tak berapa nak kampung sangat sebab takde sayur kangkung..kangkung abah x cukup besar lagi untuk SA cilok masukkan dalam nasi goreng...hahaha....SA buat jugak cekodok pisang atas permintaan abah....cuma tak berapa nak cantik sebab pisang tu bukan pisang khas untuk buat cekodok...pisang yang SA gunakan pisang Cavendish abah beli semalam..sebab tu dia lembik skit...jenis pisang memang penting kalau nak buat cekodok...x leh guna sebarang pisang...x sedap jadinya nanti...


Cekodok Pisang Cavendish


Nasi Goreng


Keropok Ikan

Makan nasi goreng sedap kalau ada keropok ikan...lagi sedap kalau ada ada ikan goreng jugak..alhamdulillah habis settle semua sebab ramai kat rumah..adik bongsu SA balik satu family...sedap la makan ramai-ramai...kalau tak tu makan 4 orang je...selalu tak habis sarapan pagi sampai kena bg kucing atau burung merpati kat belakang rumah makan...

Thanks korang sudi baca SA merepek pagi ni...

Selamat berhujung minggu...

14 comments:

  1. Walaupun ringkas tuh yang sedap. Cikodok pisang tu kan menggoda. Nih yang nak suurh suami cari pisang nak buat cikodok petang nanti.

    ReplyDelete
  2. Selalu juga makan petang dengan cekodok pisang

    ReplyDelete
  3. sedapnya sarapan akak..cik nor jarang sarapan sekarang..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau balik belah suami ammi..nasi goreng dorang lagilah. Ada cili api, bawang merah, putih, ikan bilis. Itu aje. Tapi sedappppppp gile.

    ReplyDelete
  5. simple tapi sedap kak, dana kalau nasi goreng kampung kadang memang ada bilis cili apa tapi sayur2 memang takde sangat, kang si aiyan bising bila dia nak makan ehehhe

    ReplyDelete

  6. semuanya sedap sedap belaka. terus rasa lapar pulak.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya cekodok pisang.. lama tak makan..

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka letak kangkung dalam nasi goreng, suami pulak suka letak kacang panjang...racik halus halus kacang tu..lepas tu tabur...

    ReplyDelete
  9. festime tahu Pisang Cavendish kak.. hehe.. rare =D

    ReplyDelete
  10. Baru dengar nama pisang cavendish tu kak. ke ada nama lain? itulah kan. kalau dapat pisang yang sesuai memang cantik kejadiannya cekodok.

    ReplyDelete
  11. kalo kat kampung, yang rajin buat cekodok pisang ni bapak saya...hihihi

    ReplyDelete
  12. sedapnya cekodok pisang. nasi goreng boleh partner dgn kepok keping.mmg heaven!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah