Sunday, November 17, 2019

Ikan Keli Bakar Abah Request

Hi korang...

Ni la masalah kalau weekend..masalahnya SA akan masak dan makan...macam-macam masak..memandangkan tengahari Sabtu SA repeat menu so x yah la SA up gambar kan..itu menu biasa SA masak..tapi untuk dinner..abah request ikan keli bakar since SA dh lama tak buat ..bukan x nak buat tapi ikan keli xde..kebetulan abah SA mancing petang sabtu dapat ikan keli banyak so kita bakar la ikan keli tu..kali ni SA guna oven dari kuali ajaib sebab SA malas nak masak guna dapur gas..petang sabtu SA dh kemas dan bersihkan dapur..so x nak renyah-renyah...

Guna oven suhu 180° api atas bawah..SA masak 30 minit dan dan extra 15 minit sebab abah nak effect bakar garing-garing kulit ikan keli tu...ok la..apa saja untukmu Abah..


Masa mula-mula masuk oven..panas kot..so ekor terjungkit skit..haha..


Ni dh hampir masak dh....


Dah siap....

Kuah kicap

Bahan perap
1. Kunyit serbuk
2. garam
3. sos ikan
4. minyak bijan
5. lada hitam
6. serbuk paprika
7. mixed herbs

Bahan kuah cicah

1. Bawang merah 2 ulas hiris halus
2. Cili api 5-6 biji - racik halus juga
3. Limau kasturi -3 biji
4. Kicap kipas udang

Simple je kan..SA masak memang simple-simple..x suka masak menu complicated sangat..susah korang nak ikut nanti kan..ni hari ni SA masak ikan keli keli jugak..tapi hari ni menu banyak skit...abah mancing dapat jantung pisang karuk..so..kita buat ulam la....nanti menu hari ini SA up petang-petang skit ye...baru sudah masak dan kejap lagi nak makan...

21 comments:

  1. Sedap tu ikan keli bakar abah akak request.. Makan dengan nasi oaneh2 memang sodap

    ReplyDelete
  2. sy tak makan ikan keli hehe tapi nampak mcm sedap ja kena dgn kuah kicap tu woww..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap kak SA. Bahagiakan ayah ni besar pahalanya.

    ReplyDelete
  4. Ikan keli bakar. I like ❤️. Feveret.

    ReplyDelete
  5. kecur ailio, dahlah tak mkn tghari hari ni

    ReplyDelete
  6. So sedap...biarpun sesetengah org tak mkn ikan keli..lbg akak ia sgt sedap..
    dulu2 arwah mak suka msk lemak kuning,dia letak pucuk kandis byk2 bg masam..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya SA.. nanti nak try juga lah bakar dalam oven..

    ReplyDelete
  8. Aduh sedapnye... lama tak makan ikan keli, Doktor suruh pantang dulu!

    ReplyDelete
  9. Ikan keli bakar dan goreng mmg fav..

    ReplyDelete
  10. Abah order wajib tunaikan. Masak bakar guna oven senang kerja masak :)

    ReplyDelete
  11. aduhai sedapnya, dana pun kalau buat ikan bakar suka buat sos cicahnya dari kicap dengan cili yang simple je

    ReplyDelete
  12. Wahhh sedapnya, my favourite ikan keli, best boleh masak sendiri. kami ni harap beli je. kalau balik kampung baru boleh bakar-bakar. oven kat rumah pula dah rosak. mmmmm

    ReplyDelete
  13. ammi tak pernah masak sendiri ikan keli sbb ammi takleh nak pegang...lain mcm je rasa meremang bila pegang. Sudahnya kalau anak2 ngan suami nak makan..masaklah sendiri

    ReplyDelete
  14. tk sihat ni tgk menu ikan keli bakar SA ni sodappppppnyaaaaa ...syok tu byk hasil ikan keli mancing

    ReplyDelete
  15. Cantik je akk bakar ikan keli tu ya...
    nieyl kadang² terkoyak kulitnya..

    ReplyDelete
  16. belah keluarga saya tak makan ikan keli. tapi anak2 dengan suami cukup suka makan. haha

    ReplyDelete
  17. Sedapny keli bakar cicah dengan kuah kicap.
    Kalau masak tu takdelah masalah SA, yang tak masak tu masalah sebenarnya haish!

    ReplyDelete
  18. wah sedap..sedap.. tentu abah kaka SA puas ati

    ReplyDelete
  19. masak dan makan pun jadi masalah...ahhahahaha...kelakor kak SA ni! yang penting jaga portionnn...gituhhh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah