Thursday, January 30, 2020

Street Churros Kini Di AEON Seremban 2!!!


Hi korang..

Ahad lepas SA dan kawan-kawan blogger Seremban sempat memeriahkan Grand Launching Outlet Street Churros yang ke 17 di AEON Seremban 2. Outlet ini merupakan milik artis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu Tomok. Seronok betul peminat-peminat Tomok dari Seremban dapat berjumpa dengan Tomok. Fans Club Tomok pun datang juga all the way dari Kuala Lumpur.

Street Churros merupakan rangkaian kafe churros terbesar di dunia, ianya berasal dari Korea Selatan di mana churros dibuat hanya dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang diimport terus dari Korea. Misi mereka adalah untuk meningkatkan jualan makanan jalanan dengan lebih premium, bahan-bahan segar dan kepakaran masakan chef bintang 5 mereka. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat- sangat mampu milik dan hidangan sentiasa disediakan panas sejurus sahaja mendapat pesanan. Korang rasai setiap gigitan churros dan nikmatinya. Churros baru dibuat setiap hari dan Street Churros sentiasa memastikan kualiti / saiz churros dikekalkan keistimewaannya dan menjadi kegilaan ramai terutamanya di kalangan kanak- kanak dan remaja.



Street Churros kini di AEON Seremban 2



Tahniah Tomok diatas pembukaan rasmi Street Churros di AEON Seremban Mall


Perasmian oleh Tomok


Churros ini terdapat dalam 3 perisa istimewa iaitu  Kayu Manis, Coklat dan Keju serta yang terbaru perisa Taro ( keladi)


Pekerja Street Churros sedang menyediakan pesanan


Dah siap Stick Churros...


Preview untuk Ice Cream Churros yang akan datang.


Bagaimana dengan ice cream dengan mini churros? SA sangat suka dan ianya merupakan kombinasi yang terbaik..


Muaz sebagai pengacara majlis


Antara peminat Tomok


Tomok turut mendendangkan beberapa buah lagu


Persembahan dari Tomok sememangnya di tunggu- tunggu oleh peminatnya



Tomok dan pekerjanya setia melayani setiap pesanan pelanggan..


Istimewa pada hari perasmian, sekiranya anda purchase Churros dengan harga istimewa yang ditawarkan anda juga dapat membeli mug dan botol minuman yang ditandatangani oleh Tomok..dapatkan selagi stok masih ada..


SA dan rakan blogger yang lain..


My treasure box


Churros perisa Chocholate


Churros perisa Taro ( Keladi/yam)



SA sempat beli My Treasure Box dimana di dalam pakej ini SA dapat 10 churros dan 4 Dipping sauce iaitu 2 dipping sauce perisa coklat dan 2 perisa cream cheese kalau tak salah. Untuk churros pula SA pilih 5 perisa chocolate dan 5 perisa Taro. Sedap ke? ish...giler kalau cakap tak sedap..mesti la sedap..SA suggest korang makan time panas- panas sekali cicah dipping sauce dia..

Kehidupan adalah tentang keseimbangan, nikmatilah Street Churros untuk menambahkan sedikit rasa manis dalam aktiviti harian anda. Oh gosh, tekstur lembut dan rasa ringan memberikan rasa yang tenang ketika anda menikmatinya...haaaa....maknanya apa tu? Maknanya Churros dari Street Churros sudah berjaya menambat hati SA. 

Siapa yang tidak suka Churros, bukan? Terima kasih kepada Street Churros untuk jemputan. SA suka churros dan akan singgah beli lagi akan datang. Dah tentulah keenakkan churros yang terbaik perlu disebarkan ke pembaca blog SA kan?

So korang yang berada di sekitar Seremban, jangan lupa singgah ke Street Churros AEON Seremban 2 dan nikmati kehebatan churros dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan...SA recommend pada korang semua....

Info selanjutnya:-

Street Churros AEON Seremban 2
Lot No G56,AEON Mall Seremban 2

21 comments:

  1. churros kt street schurros ni mmg sedapppp sama mcm yg kita mkn kt korea dlu...tmpt lain mkn churros tk sedap

    ReplyDelete
  2. Churros memang popular sekarang.

    ReplyDelete
  3. Makan panas-panas itu yang uumphh.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Untuk cawangan ni je sis... franchise ni Tomok punya

      Delete
  5. ala belum dapat nak makan lagi. haha :D

    ReplyDelete
  6. Baguslah Tomok ni kan. Ambil peluang sungguh dia kan. Tahniah Tomok. Churros dekat Street Churros ni memang sedap. sedap makan time panas-panas kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Long Fries dia best sebab ada perasa nandos dan 2 perasa lagi...

      Delete
  7. Memnag sedap street churros ni kak. Tapi tuhlah makan kena beragak agak lah kan. Iols sedar diri ni

    ReplyDelete
  8. aaaa crush zaman sekolah ni...hahahahha!

    pernah cuba churros sekali je dulu, tapi bukan tomok punya...sedap jugakk...tomok mai la datang JB bukak kat sini lak 😁

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah Tomok.. nampak sedap churos kat sini SA..

    ReplyDelete
  10. Jom lepas ni lepak makan churros. Hehehhe tahniah pada tomok sebab buka francais street churros.

    ReplyDelete
  11. sedapnya churros! tomok buka la kat JB lak! haha

    ReplyDelete
  12. Mrs. A paling suka yang flavor Taro

    ReplyDelete
  13. Tak cuba lagi perasa yam tu.. suka dengan churros dekat street churros ni sebab fresh made, rangup sedap je.. tahniah tomok dan street churros seremban

    ReplyDelete
  14. wah terbaiklah tomok byk dah bisnes dia. kat aeon shah alam ni ada chatime tomok punya juga

    ReplyDelete
  15. Long Fries sedap SA tak cuba ke? Bonde suka yang tu ranggup dan sedap!

    ReplyDelete
  16. ooo tomok punya keee street churros ni..
    x penah try tp kalo kat ioi city mall tu aiyarkk que x penah x panjang..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah cuba lagi.. Jauhnya seremban tu.. hehehe

    ReplyDelete
  18. Perisa keladi tu macam memanggil-manggil pulak.. Hehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah