Friday, May 20, 2022

Lunch Di Grobok Salai Mencari Lauk Siput Sedut Tapi...Siput Sedut Takde....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Haaaa...nak citer la part result check up semalam...semuanya okey rupanya kecuali bacaan Kolestrol jahat 5.1, doktor cakap takpe saya faham hari raya kan...tapi lepas ni kena control semula ye...haaaa....lepas jer dapat ubat apa segala...terus SA ke Gerobok Salai yang terletak di Pedas NS. Takde la jauh sangat dari Seremban..teringin nak makan best sikit untuk tengahari kan...tak jauh pun...naik hihway and korang keluar susur keluar Pedas Linggi, after tol tu korang ambil sebelah kanan dan jalan je terus...tak sampai 5 minit korang dah jumpa dah Grobok Salai.

Grobok Salai ni memang terkenal dan sentiasa mendapat tumpuan masyarakat dari NS dan merata lagi tak kira bangsa dan umur. SA first time makan kat sini...dengan cuaca panas lagi...gigih tau...Dania takde plak...so SA jer la..layan lunch masakan salai...sebenarnya SA punya high expectation kat sini mengharapkan lauk siput sedut...entah kenapa teringin sangat..bukan tak boleh masak sendiri tapi malas nak menyiang siput sedut tu...tapi....hampa....cari lauk siput sedut tapi siput sedut takdo....bukan takde untuk hari tu ye...memang tak pernah ada kata pekerja kat situ...terus harapan tinggal harapan...ko makan je la apa yang ada SA oiii....

Sebenarnya ada udang galah dan sotong bakar jugak...tapi SA x rasa nak makan dua lauk tu sebab baru je makan last week...yang sedikit mahal kat sini Udang Galah dan Sotong Bakar...nasib takde rasa nak makan..



Pintu masuk

Source from google



mereka- mera dalam grup besar yang dah sampai pasti akan share logo club diorang kat sini...


Lauk daging salai..


Ayam kampung salai


SA amik ayam kampung salai..


Ada ikan goreng dan telur itik


ulam dan sambal belacan...


Lunch kami


Dapat table tepi sungai


Candid always better


Sedap...juicy...cukup semua bahan


Environment dalam kedai


Senarai harga


Ada grup band/buskers yang perform gak kat sini

 

Alhamdulillah...

Lunch kami semalam tak mahal pun...tak sampai pun RM30. SA x makan sangat pun...nasi je sikit dan lauk ayam kampung tu...itupun lauk je habis..Selera SA masih belum pulih sepenuhnya kan...bertabahlah...nanti nak cari atau nak beli gak la siput sedut..nak masak dan makan puas- puas..mahal pun mahal la...janji keinginan di tunaikan...

Korang yang dari luar NS kalau nak terjah makan kat sini...boleh la waze alamat kat bawah ni...

Gerobok Salai,
Kampung Dato Abdul Samad, 
71400 Pedas, Negeri Sembilan

11 comments:

  1. Alhamdulillah, result SA ok.
    Nampak sedap lauk-pauk.
    Kedai dia pun nampak bersih je.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga selalu pemeriksaan berkala.
    Rupanya cari siput sedut tidak jumpa.

    ReplyDelete
  3. ada tgk juga tmpt ni tp baca kwn share aritu sedap tp pedas...kita ni tk bole mkn pedas sgt tp tgk menu terliur hehe

    ReplyDelete
  4. Sedap. Semua salai. Harga pun nampak berbaloi dengan portion tu.

    ReplyDelete
  5. boleh cuba nanti bila ke n9. nampak sedap dan pekat kuahnya

    ReplyDelete
  6. Selamat menjamu selera
    Kalau dapat itik salai lagi best

    ReplyDelete
  7. 1-5 berapa no dia? kalau pilih 4 atau 5 nak kena gi la

    ReplyDelete
  8. Nampaknya kena masak sendirilah siput sedut tu atau cari di kedai lain.

    ReplyDelete
  9. semua nampak sedap. harga pun tak reasonable

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah