Sunday, May 22, 2022

Lauk Semalam...Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Campur Daun Kunyit

Assalamualaikum...

Kalau korang nak tau...kami satu family ni dh buntu x tau nak masak apa dh ..Pak Zain pun dh hilang idea apatah lagi Mak Pah...freezer tu penuh je ngan makanan tapi x tau nak masak macam mana...

Pak Zain plak...sejak cucu dia kerja kat Zemart ni rajin nau plak pi skodeng cucu tu kerja..sambil2 tu dia beli la apa yg patut nak beli...so semalam dia beli 2 ekor ikan talapia hitam...padahal ikan tu dia mancing je sebelum ni...sudahnya SA masakkan la macam tu ha....bagi selera makan...



Sedap...wangi je...sebab letak daun kunyit kan...

 

Resepi? 

Alaaa nak ke?

Mmandangkan SA rajin...SA letak la resepi ..korang kena cuba tau..masak macam ni memang SA khaskan ikannya...antara ikan Talapia hitam, merah atau Ikan Siakap..memang sedap masak macam ni...moh tengok resepi

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Campur Daun Kunyit

Bahan-bahan


  1. Ikan Talapia 1 ekor (potong 2 atau 3)
  2. Cili Api 15 biji ( boleh lebihkan kalau suka pedas)
  3. Kunyit hidup sebesar ibu jari
  4. Daun kunyit sehelai di belah 2 dan simpulkan
  5. Santan 1/2 kilo ( SA guna santan kotak je)

Cara-cara

  1. Masukkan ikan Talapia dlm kuali ( SA suka guna kuali)
  2. Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi, biarkan seketika sampai air ikan kering sedikit..
  3. Masukkan santan..kacau selalu agar tidak terbit minyak..tambah air jika perlu
  4. Biarkan kuah agak pekat
  5. Masukkan daun kunyit
  6. Perasakan garam
  7. Siap

Senang kan?

Selamat mencuba ..untuk masak lemak yg campur daun kunyit SA memang guna 3 jenis ikan tu..Ikan Talapia Hitam, Ikan Talapia Merah dan Ikan Kerapu...sedap......


4 comments:

  1. huishh..sedap tu..thanks kongsi resepi..:)

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang tu tak ada idea nak masak apa kan, Kak SA.

    ReplyDelete
  3. woww sedap ni...sebelum ni pernah gak buat masak lemak cili padi ikan talapia..tapi saya goreng dulu talapia tu..then selain daun kunyit, campur daun kesum juga sikit, sedapp!

    ReplyDelete
  4. Sedap ni. Tambah makan dengan versi goreng. Lagi padu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah