Sunday, May 22, 2022

Masalah Selera Belum Pulih Sepenuhnya

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selera SA dh pulih sedikit...ada penambahbaikan la dengan masalah selera ni walau x pulih sepenuhnya...SA cuba je makan bila perut betul-betul lapar ..SA notice sejak kena tonsil 3 minggu berturut-turut tu yg selera SA jadi problem...part selera ni memang xde ubat la kata doctor...dia akan baik sendiri katanya...selain cuba makan supplement naikkan selera..memang x la nak tambah supplement lagi...dh banyak dh rasanya makan...

Baru-baru ni SA amalkan minum barli panas...so rasa okey berbanding sebelum ni ..banyak kebaikkan barli ni sebenarnya..selain menyejukkan badan ianya juga sihat. Mengawal dan menurunkan darah tinggi serta menghapuskan kolestrol..Korang kalau ada masalah ni boleh la amalkan minum barli..SA minum tiap2 hari beli kat food court area office. Kadang kalau makan kat Paparich SA tetap pesan barli panas...cumanya kat sini barli panas dia pekat...di blend butiran barli nyer....



Barli panas Paparich NuSentral


Mee goreng mamak + ayam goreng Paparich


Sarapan pagi Jumaat 20hb...beli kat medan selera

SA plan esok kerja nak bawak bekal la...SA notice sekarang harga makanan memang melampau naik...setakat SA beli sarapan okey lagi...makan tengahari tu yg problem... SA kalau dh heavy breakfast, tengahari SA x makan tau ..masa problem selera ni la...memang SA x makan...balik rumah je baru SA makan..itupun depends on selera .kalau tetap x berselera SA hanya akan makan buah je...thats it...bila ada problem ni berat badan turun sikit la kalau korang perasan...Pak Zain memang risau la tengok SA kurang makan...x tau la SA nak buat macam mana dh...harap-harap masalah ni tidak berpanjangan...dapat kembali selera sikit pun jadi la kan....


5 comments:

  1. semoga kesihatan SA kembali seperti sedia kala. insyaallah

    ReplyDelete
  2. Boleh diet semulajadi macam ni

    ReplyDelete
  3. moga cepat sihat yer kak..:)

    ReplyDelete
  4. Semoga kembali sihat seperti sebelum ni, Kak SA.

    ReplyDelete
  5. yeee hari tu makan tengahari dekat kota tinggi, nasi ayam penyet pun dah rm11..mee goreng rm8..mak oi cekik darah huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah