Friday, August 26, 2022

Kesilapan Ketika Sarapan Yang Buatkan Kita Gemuk!

Assalamualaikum...

Hi korang...

Salam Jumaat dari SA...

Kita sedia maklum bahawa sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Namun jika tidak berhati-hati ketika memilih makanan sarapan, ini boleh menyebabkan berat badan bertambah!

Fikir sebelum makan

Mesti ramai di pejabat yang gemar bawa manisan untuk dikunyah ketika bosan bekerja. Sebelum anda ikut sama menambah kalori dalam badan, fikir sejenak, berbaloikah makan gula-gula dan berdepan risiko berat badan bertambah?

Awas dengan pilihan jus oren!

Jika anda bersarapan di luar, awasi minuman jus oren yang dihidangkan. Memang jus oren ketika sarapan merupakan pilihan sihat, namun kebanyakan jus oren di luar sana terlebih kandungan gula. Jus oren yang sihat sepatutnya diperbuat seratus peratus daripada buah oren sahaja.

Biar kenyang, dengan cara betul

Memanglah nasi lemak mampu mengenyangkan anda, namun ia juga membuat kita mengantuk dan menggemukkan. Cuba cereal atau roti dan makanan  kaya protein seperti yogurt bebas lemak dan putih telur.

Jauhi makanan bergula!

Kuih dan pastry bergula memang lazat dimakan bersama kopi, tetapi jika anda mula makan makanan bergula pada waktu pagi, anda akan cepat lapar, tak sampai tengahari.

“Sihat” kan kopi anda

Nak kurus tak bermakna perlu buang kopi daripada diet sarapan anda. Pastikan kandungan gula dalam kopi dijauhi sahaja.

Minum air kosong

Paling penting, pastikan minum segelas air kosong ketika sarapan. Bukan sahaja bagi kenyang, malah boleh buang toksin dalam badan.


Tips sarapan pagi dikongsi bersama Suriaamanda untuk readers...


Meh tengok sarapan SA hari ni...hahaha...seketul je kuih manis iaitu kuih apam nasi dan karipap,black coffee dan sebotol air putih..


Apam nasi...berebut beli ni dapat satu je..jadi la...inipun padat apam ni...kelapa tu amik sikit je...nasib amik sikit sebab masin...


Karipap..


Black coffee


air putih...ni confirm 2-3 kali top up..

Korang sarapan apa hari ni?

Dah...jom la kita start kerja...boss dah pi meeting...


8 comments:

  1. dah hampir sebulan ammi tak breakfast sebelum ke office...buat IF. Walaupun berat tak nampak sangat turun tapi bila manage to control sugar intake tu pun dah rasa best

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan apam dan karipap. Rasa teringin pula nak makan kuih muih.

    ReplyDelete
  3. harini breakfast like a king...hehe..ada yg belanja satu ofis...mee goreng, tauhu sumbat, sandwich, kuih apam, karipap, apam pisang...tak keluar lunch lah nmpknya...

    ReplyDelete
  4. uittt....kopi 434 ke tewww....hihihi

    ReplyDelete
  5. Banyakkan minum air kosong setiap hari

    ReplyDelete
  6. bnyak minum air kosong bagus untuk kesihatan..:)

    ReplyDelete
  7. sama ngan Ammi, dok jaga sugar intake...minum pun sama gak ngan Ammi..amik black coffee, no sugar...kat opis ok la leh jaga makan, but kalu weekend..ke laut sikit...byk godaan.

    ReplyDelete
  8. ala part minuman bergula tu payahnya la nak patuh huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah