Monday, January 18, 2016

Adab Sebagai Tetamu Walimatulurus

Musim kenduri datang lagi. Paling menyampah bila kenduri ada orang yang;

1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Akak segak sangat ea?

2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Makcik nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, makcik ke pengantin?

4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah makcik mati nanti senang anak-anak nak bacakan.

5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.

6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh...

Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.

Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.

Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam.

Awak makan daging sedara sendiri.

19 comments:

  1. Sama la kak..falsya cukup xsuke org yg dtg majlis kawen org lain pastu duk la nak mengutuk..itu xkene ini xkene..kadang ade jugak bile tgh makan tuh terdgr makcik2 duk soksek soksek psl segala bende..makcik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Common masyarakat melayu mcm tu la falsya

      Delete
  2. Tapi kakak rasa dalam banyak list yg SA berikan itu memang ada yg buat begitu
    Tak ramai satu-dua org tetap ada yg bersifat begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak...biasa SA nampak Dan alami....

      Delete
  3. hampir kesemuanya ramai yg buat :)

    ReplyDelete
  4. heheheh... itulah banyak adab nya jd tetamu kenduri kawin nih....
    bkn boleh ikut suke je... dana kalu pg ngn suami... dh salam ngn tuan umah bergilir amik makan pastu mkn sambil suap aiyan... mmg tak dan nk buat bende2 lain heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm Akak elakkan dari berkumpul ramai2..pergi mkn pas tu balik je

      Delete
  5. rasanya tu standard kot Along. . nama pun manusia.. mana pernah ada rasa puas hati

    ReplyDelete
  6. selalunya makcik-makcik la pe'el macam ni...ibu kalau mula bebel pasal kenduri je...tau la sally nak tutup mulut dia..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Padu betul entry sis. Betul tu, tuan rumah da cuba bg yang terbaik.
    Apa pun yg dia jamu, tu rezeki kita pada haru tersebut. Doa kan yang baik baik shj. =)

    ReplyDelete
  8. ramai camtu kan..huhu..mintak jauhla dr sifat camtu

    ReplyDelete
  9. Mesti ada yang berbunyi.. jangan kata kenduri besar, kenduri kecik pun ada yang berbunyi.. tak kena kat dia bolehlah cakap.. cer kena batang hidung sendiri.. baru tahu.. ai tak suka orang macam ni.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sapa pun Suka sebenarnya kan.....

      Delete
  10. ada kenalan sy pernah cakap, kenduri gah2 pun orang umpat, apatah lagi kenduri kecil2. hmm, kalau dah gitu, kita buat mana yg mampu je, jgn spend banyak2 untuk benda yg sehari tapi fikir hidup hari2 lepas tuu. (pesanan utk diri sendiri ni hehe)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah