Wednesday, January 20, 2016

Fasha Sandha Sah Bercerai Talak Satu



Pelakon Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.

Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016. Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli. Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.

“Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun,” kata Fasha Sandha sambil menitiskan air mata kesedihan.

Pasangan ini telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha

SUMBER ROTIKAYA

10 comments:

  1. akhirnyaaa setelah terdengar rumours sani sini bercerai jugak kita cuma mampu ckp kesian je kan SA..

    ReplyDelete
  2. siapa yang nak rumahtangga yang dibina terputus ditengah jalan. tapi ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya dariNya.Kita hanya mampu merancang. Semoga dia tabah menempuhi kehidupan yang akan datang

    ReplyDelete
  3. Janji Allah jodoh dia setakat tu je kak...
    Apa pun kita doakan yg terbaik untuk dia dan anak2...

    ReplyDelete
  4. SubhanAllah...moga Allah sentiasa nemberi ketabahan kepada beliau..kesian anak anak yang masih kecil..

    ReplyDelete
  5. sian kan along....bende paling ditakuti dlm rumahtangga.... moga yg terlibat tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan...

    ReplyDelete
  6. Bertabahlah..
    Moga hari mendatang lebih baik dari sebelum ini.

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan urusannya selepas ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah