Wednesday, January 20, 2016

Sajian Thai Sedap Di Cafe 9 A Taste Of Thai, Petaling Jaya

Berpeluang menikmati keenakkan Masakan Thai adalah saat yang paling di tunggu- tunggu. Bukan senang nak cari Masakan Thai yang betul- betul menepati citarasa dan selera kan? Kini tak susah lagi..Cafe 9 A Taste Of Thai yang terletak di Seksyen 17,Petaling Jaya mampu memberikan yang terbaik buat korang semua dan yang pastinya mereka adalah restoran yang telah mendapat status HALAL. So muslim tak perlu risau nak makan di sini ye dan tak perlu juga terbang jauh ke Thailand semata- mata ingin menikmati keenakkan Thai Cuisine. Di Cafe 9 Taste Of Thai korang boleh melalui pengalaman yang sama seperti di Thailand.


Sebaik melangkahkan kaki ke Cafe 9 ni..hati terpaut dengan dekorasi dan suasana yang tenan. Memang sesuai untuk menikmati makanan dengan suasana yang tenang. Susun atur perabut pun sangat sesuai dengan konsep Modern Contemporary. Pssstt....wifi pun disediakan tau..tapi seeloknya elakkan dari menjadi antisosial di mana- mana restoran...baru la betul- betul menikmati  makanan kan?
Di Cafe 9 A Taste Of Thai ni korang boleh request cara masakan dan tahap kepedasan yang korang suka dan chef akan adjust mengikut permintaan pelanggan...best kan?

Jom tengok apa yang special yang di sediakan di Cafe 9 A Taste Of Thai.


Prawn Cakes ( 5pcs) RM 18.90 - Dibuat dari udang yang segar, deep fried dengan bread crumbs serta dihidangkan dengan sos plum yang sedap


Thai Omelette - RM10.90 - Telur Dadar yang di masak menggunakan kuali besar untuk mendapatkan telur dadar yang gebu dan sedap


Laab Gai Tod ( Sinful Fried Chicken Salad ) RM16


Thai Beef Noodles - RM15 - Recommended


Fried Glass Noodle With Prawn & Chicken - RM14


Penang Curry Beef - RM21.90


Tom Yum Seafood ( Red Soup) - RM25.90 (R) , RM45.90 (L) - Recommended


Sweet and Sour Fish ( Dory Fish Fillet) - RM20 - Recommended


Stir Fry Clams ( Lala) - Thai Curry Style - RM16.00


Cafe 9 Stuffed Chicken Wings - RM19.90

Signature Drink 

1. Guava Asam Boi
2. Green Apple Asam Boi...

Gambar minuman tak sempat ambil plak...tapi takpe kalau korang berkunjung ke sini sila dapatkan signature drink mereka yang confirm boleh buat korang jatuh cinta.


Bersama semua blogger yang terlibat



Kesimpulannya,

Aku suka makan kat sini sebab aku memang pencinta Thai Cuisine. Definitely akan datang ke sini lagi untuk dining on special occassion insyallah in the future. Yang paling aku suka selain Tom Yam dah semestinya Prawn Cakes yang kaya dengan rasa udang yang segar. Korang harus cuba..

Special thanks to Stella FoodInk for the invitation.


Cafe 9: A Taste of Thai
No. 27, Jalan 17/45
46400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan




9 comments:

  1. Sedapnya..kalau masakan thai meati tomyam yang dicari

    ReplyDelete
  2. Tom Yammmmm...makan sampa terpejam mata...

    ReplyDelete
  3. fuuhhh semua nampak sedap especially tomyam tu

    ReplyDelete
  4. beef thai noodle tu memang nampak best sangat!!!

    ReplyDelete
  5. cantik betul setiap hidangan yang disajikan..nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. Fida kalau kedai Thai suka makan tomyam je..sampai boleh hirup satu bekas..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap thai food ni...boleh cuba kalau ke sana nanti

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah