Monday, January 4, 2016

Warga Asing Pengotor

Hi korang...
Isu ni dah banyak kali aku utarakan dalam blog aku ni...aku antara rakyat Marhaen yang tinggal di rumah atas langit di kawasan Kepong ni memang stress dengan masalah warga asing tingkat 18 yang sukati Mak abah diorang je buang sampah dari tingkat atas...aku yakin memang diorang punya kerja sebab level atas tu ramai warga asing yang tinggal...tak pasti la secara sah ke atau tak sah..kadang2 kadang2 tengah sedap tido boleh terkejutnya beruk aku di buatnya..mujur takde sakit jantung...bukan apa korang..bilik aku memang bahagian tepi so tingkap bilik aku memang menghadap ruang kosong...pernah diorang buang tin biskut..paling besar pagi tu aku tinjau ke bawah aku tengok diorang buang kotak kayu bapak besar macam besar peti ais...
Kadang2 pihak pengurusan tampal notis..bahasa melayu dan bahasa Inggeris...tp haram diorang tak paham punya...aku pun pelik..acaner makin ramai plak warga asing kat kondo aku tinggal ni....
Setahu aku kondo ni ramai expatriate yang menyewa..ada Indonesian,Korean dan Bangladesh yang educated..tapi sekarang dah ramai plak Nepal, bangla dan Myanmar.....
Aku dah tak tau nak buat apa dah...isu sampai ni memang ada kat mana2 kan..bukan kawasan umah aku je..aku percaya pihak pengurusan kondo ni dah buat macam- macam usaha untuk pastikan masalah ini tak berlarutan..tapi kena ada inisiatif dan effort jugak kan..takde effort tak guna jugak kan...tong sampah disediakan..tinggal gunakan dengan betul je...tapi maybe sebab diorang ni kat negara diorang dh biasa kan....takde etika...kalau diorang dah biasa amalkan kebersihan takde la buang sampah dari tingkat atas gedebush kebawah sampai ganggu ketenteraman orang kan....aku fikir aku duk kondo tu convenient je sebab bawah tu KTM..kalau tak fikir..dah lama aku cari rumah sewa lain.....



10 comments:

  1. Suruh management panggil polis..silap aribulan mau lintang pulang semua lari sebab xde premit..pernah kene kat kawan falsya..sebab sesetgh warga asing nie dieorg lg prefer duk kondo dr flat sebab polis susah nak kacau..

    ReplyDelete
  2. cuba try report dengan tuan rumah yang bagi sewa tu. kalau kita cakap sendiri dengan mereka, takut kita di kasari pulak.

    kalau payah sangat, buat report polis je. cakap la, perbuatan mereka tu boleh mencederakan orang lain atau menimbulkan kemarahan sekaligus kekacauan pada masyarakat setempat. ahha!

    ReplyDelete
  3. Kdg2 org sendiri pun buat camni dear .. mereka yg kekurangan sivik. Huhu

    ReplyDelete
  4. seksanya kalau macam tu..management kena buat sesuatu la..bahaya la kalau ada org bawah tu kena..

    ReplyDelete
  5. Geram kan kalau ada yang tak prihatin pasal kebersihan ni..

    ReplyDelete
  6. aduh along...sampai tahap campak sampah ke...adoii pengotor sgt2 niehhhh.... ni ntah2 disewakan majikan ramai2 utk pekerja dieorg ....

    ReplyDelete
  7. sabar kak ye..mmg gitu tau ddk rumah bertingkek-tingkek ni..semua pentingkan diri sendiri tak nak hjaga kebersihan. mmg kami pun exp yang sama. tu xkira lagi bebudak main bola kt tempat letak moto. moto asben byk kali pecah sana sini

    ReplyDelete
  8. bukan rumah SA je, umah kite ni pun sama gak. orang arab berfamily, sesuker hati je buang dari balkoni. lepas tu masuk dlm umah kite plak.. dah kena sapu kat balkoni tu

    ReplyDelete
  9. mak ai camtu je buang sampah...kalau di timpanye orang bawah bole mati kot...kong asam nye perangai diorang ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah