Friday, January 22, 2016

Resepi Paru Berlada Versi Suriaamanda

Ini la lauk bekal aku semalam...makan sorang tak habis..share ngan kawan opis...last2 tinggal bekas je...habis licin..ada plak permintaan lagi...nanti la kalau rajin aku buat la...tapi lom sampai nak bisness lagi...


Aku memang pencinta paru lembu. bukan aku je..adik bongsu aku malah adik beradik aku yang lain pun suka makan paru...kami memang takde masalah makan anggota dalaman lembu so far...selalunya suka masak lemak cili padi campur ngan daging cincang, buat rendang ataupun sambal merah...kali ni aku lebih prefer goreng berlada plak...

Okey la aku kongsi resepi versi aku...tak sure la korang buat cara sama ke tak  ngan aku kan...

Resepi Paru Goreng Berlada


500 gram paru lembu
5 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
2 biji bawang besar - option
15 biji cili padi kampung  - lebihkan kalau nak pedas*

Cara- cara
  1. Rebus paru sampai betul2 empuk - dah empuk buangkan air dan sejukkan
  2. Hiris paru nipis2 ikut size yang korang suka dan goreng 
  3. Bahan tanda * di tumbuk hancur
  4. Tumis bahan * dengan minyak panas
  5. Bahan tumis dah naik bau masukkan Paru
  6. Gaul bagi sebati
  7. Perasakan garam
  8. sedia dihidang
Biasa makan Paru berlada ni lawan ngan telur dadar...makan plak ngan nasi panas...memang bertambah la makan...mertua lalu sebelah pun tak pandang de..

Selamat mencuba korang....

23 comments:

  1. kita pun suka paru sambal...best2x

    ReplyDelete
  2. aduss sedapnya SA baru ni kaknoor masak tpi tk sempt nk gmbr dh licin haha kena masak lagi lah ni

    ReplyDelete
  3. Gluppp...sodap ehhhh. Adoi...bilo nak buek ni...

    ReplyDelete
  4. paru ngan lempong apa bezanya
    sayanglah iols x mkn2 benda mcm ni
    tp mmg npk sedap

    ReplyDelete
  5. cilok resipi ek SA, kita makan reti tapi masak paru ni tak pandai heheheh

    ReplyDelete
  6. kalau gantikan paru dengan daging boleh gak kan...
    saya tak makan paru...huhuhuhu
    tapi Nampak mcm sedap

    ReplyDelete
  7. oh, kena rebus dulu br hiris ek?

    ReplyDelete
  8. Kalau balik kampung mesti dapat makan sambal paru my MIL buat.. ;)

    ReplyDelete
  9. anak2 akak (kecuali izara)pon suka beno makan paru berlado camni dik...lagi pedas lagi diorng suka...

    ReplyDelete
  10. suka paru..sedap pulak nampak akak masak. nak masak weekend ni la

    ReplyDelete
  11. pernah makan paru.. pastu sakit gigi sebab liat.. sampai kesudahnya tak nak makan paru

    ReplyDelete
  12. tgk cam simple jee..huhu..tp sy paru kurang sikit lah..goreng nipis garing boleh lg la nak telan..huhu

    ReplyDelete
  13. masak pedas memang sedap..tapi fiza tak makan paru :)

    ReplyDelete
  14. memag kegemaran ni, sedapnya, kalau wat sambal lada kering best makan ngn nasi lemak, tapi kalau berlado cam gini wow wow tak payah lauk lain dah

    ReplyDelete
  15. kegemaran Fida ni SA..kalau jumpa paru memang tak layan dah lauk lain..

    ReplyDelete
  16. paru ni kalau dia garing sikit ..sangat sedap!!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah