Friday, May 26, 2017

Kaswi Goyang- Goyang Gedik....

Hi korang,

Hari tu kan...SA teringin sangat nak makan kuih Kaswi goyang...gaul ngan kelapa tua parut yang di campur sedikit garam...alahai...ngidamnya.,...bukan apa kalau beli kat kedai ada yang menepati citarasa dan ada yang tak menepati citarasa..SA ada gak cuba ikut resepi orang lain..tapi tak menjadi, sukatan x betul ke atau SA memang takde bakat buat kuih...hehehe...sebelum ni SA ada ngaku SA tak pandai baking, tak pandai buat kuih yang payah2..masak lauk SA expert..

Tapi bila SA gugel resepi dari Che Mat Gebu kan...terus menjadi je.,..memang kaswi SA goyang2 gedik...bangga kejap tau...padahal kuih kaswi je kot kan...dia punya bangga tu macam menang award..first time buat ,esti la bangga kan...



BAHAN - BAHANNYA :
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi 'kapur makan)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau masak, boleh cucuk tengah2 bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak). Jika anda guna acuan2 kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Credit Resepi : Blog Che Mat Gebu

SA buat follow bulat- bulat resepi kat atas tu ha...memang menjadi...korang kalau nak buat nanti untuk buka puasa boleh ikut..jangan lupa bagi kredit kat blog Che Mat ye...resepi dia tu weh...hehehe...Kepada yang nak mencuba...Selamat Mencuba ye...

I'm a happy mommy bila kuih Kaswi gedik i menjadi...

17 comments:

  1. tangan saya pun jarang menjadi kalau nak buat kuih atau biskut , kalau makanan lain tu ok lagi he , lama tak makan kuih kaswi nie.

    ReplyDelete
  2. Tahniah menjadi! Kuih kaswi ni bukan semua orang boleh menepati majoriti citarasanya. Part hitam tu kengkadang bila makan, dalam mulut rasa dia cam geli-geli. Kuih kaswi yang saya berani makan hanya dari air tangan mak mertua je haha.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Ni ayah ena suka ni.. ena tak gemar sangat makan kuih-kuih.. tapi am proud dengan akk, pandai masak.. semua menjadi..

    ReplyDelete
  4. rajinnye buat kuih...cam leceh je nak buat ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Lagi gedik lagi sedap tu kak. Tahniah akhirnya menjadi :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya....sedap....bila baca ni telan air liur...boleh buat ni waktu puasa..buat berbuka....

    ReplyDelete
  7. kuih fav adik sha ni. alang alang SA bagi resepi boleh try nanti

    ReplyDelete
  8. Nak cubalah nanti.. antara kuih feveret akak nie..

    ReplyDelete
  9. kalau kaswi ni memang tak pernah buat.. beli je selalunya.. nak mkn sikit je jd tak rajin.. tapi bila tgk resepi senang ni rasa nak try jugak la

    ReplyDelete
  10. Rasa sangat puas hati kan bila kita berjaya membuatnya.. ;)

    ReplyDelete
  11. Salam dear

    lamanyaa akk x singgah

    aduhai , kalau pose kuih nie memang favourate !

    hurmmmm ;)

    ReplyDelete
  12. Sdapp ni.. Otw nk buat la ptg ni hehe

    ReplyDelete
  13. favourite ni. Dulu selalu jugak buat sendiri...hmmm...bila la nak buat lagi ni

    ReplyDelete
  14. Owh.. ada guna kicap pekat ye.. Baru tau..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kuih kaswi ni. Tak pernah mencuba lagi. Nanti nak mencuba

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah