Saturday, May 20, 2017

Akhirnya Dapat Jugak Cendawan Busut Yang Diidamkan

Cendawan Busut Hanya Dapat Bila Musim Hujan

Hi korang,

Pernah makan cendawan busut? cendawan rare yang tumbuh bila musim hujan. Bukan hujan biasa ye..hujan yang di selang seli dengan guruh dan petir berdentum. Kalau duduk di kampung dan ada tanah luas esoknya confirm ada cendawan yang tumbuh. Kat NS dipanggil cendawan busut..kalau kat utara dipanggil Kulat tahun kan? tak tau la betul ke tak...Ekceli dah lama idamkan cendawan busut ni...memandangkan SA jarang balik Seremban dan jarang ke pasar malam, tapi disebabkan minggu ni balik Seremban nak dijadikan rezeki ada yang jual. Sepiring kecil RM10 dan beli la 3 piring...jadi la makan untuk 4 orang kat rumah..Buat sup aje sebab cendawan ni lagi manis dan sedap dari daging ayam...


Rupa sebelum dibersihkan..SA beli yang belum kembang..kalau dah kembang tak sedap


Dah siap bersih dan SA siang belah2 macam ni....


Dah siap sup...

Cendawan ni kan selain sedap dibuat sup, Mak SA cakap masak lemak cili api campur ikan bilis dan serai, Masak kari dan jugak buat rendang...SA prefer masak sup je...inipun dah sedap dah...tak perlu campur bahan lain. Masak dia je. Tumbuk bawang putih dan bawang merah serta sedikit ikan bilis, titik serai 2 batangdan tumis sampai naik bau, masukkan cendawan, masukkan air dan tunggu sampai menggelegak..perasakan garam ..dah siap...

Sedap hirup....manis sangat cendawan ni...awas jangan makan banyak..boleh jadi mabuk atau sakit perut...makan kena berpada- pada...

6 comments:

  1. Sedapnya. Susah dah nak dapat sekarang. Dulu boleh dikatakan selalu juga dibuat sup. Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa.. Sesuai ni makan masa hujan2 macam ni >.<

    ReplyDelete
  3. suka sup cendawan tp xpernh buat

    ReplyDelete
  4. Salam Kak SA, camne ye nak bersihkan cendawan nih?TQ

    ReplyDelete
  5. Memang sedap cendawan ni. Banyak time hujan ja.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah