Friday, May 5, 2017

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI.

AIB JENAZAH PERLU DI JAGA DAN DITITIKBERATKAN

Kalau ibu/kakak/adik/anak perempuan ditakdirkan meningggal dunia di tengah malam, buat langkah ini dulu untuk menjaga aib ibu kita, sebelum panggil orang kampung datang urus mayat. Jangan biar satu kampung tahu aib ibu kita hanya sebab kita malas nak membaca ilmu ini!!

1. Jangan cemas
2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. ( kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)
3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.
6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
7. Tangan diikat dengan perca kain.
8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.
Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Share dgn semua orang.

Wallahu’alam

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN.

10 comments:

  1. perkongsian yang bagus :) terima kasih share, salam jumaat

    ReplyDelete
  2. ilmu yang wajib di hadam setiap dari kita. semoga bermanfaat buat kita semua kak.

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni..kena ambil tahu, sebab antara tanggungjawab anak-anak juga

    ReplyDelete
  4. Setuju..terima kasih ingatan ini...sangat membantu..

    ReplyDelete
  5. bagus entry sebegini...
    daripada kita tidak tahu...kita ambil tahu...
    dari kita pernah baca, kita baca menginggatkan semula...

    ReplyDelete
  6. Bagus entri nie SA, terima kasih atas ingatan..

    ReplyDelete
  7. hidup bermasyarakat..nice sharing

    ReplyDelete
  8. Kena ada no tel pengurusan jenazah ni..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian ni yang bermanfaat ni.. selama ni saya tak tahu..maafkan saya... okay saya akan sebarkan

    ReplyDelete
  10. Ilmu yang baik wajib dikongsi bersama. Terima kasih kak SA atas perkongsian ni. Tak semua orang tahu apa perlu dibuat disaat ahli keluarga meninggal dunia

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah