Wednesday, May 31, 2017

Riak Yang Kita Tidak Sedar


Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu Riak?

Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa!
Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling. Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

PUJI ANAK BERLEBIHAN.....
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

CHECK IN HOSPITAL MAHAL....
Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

BERSYUKUR TAK HABIS2...
Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alhamdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak bersyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

TUNJUK GAMBAR KERETA MAHAL....
Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

SHOPPING....
Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

SERBA BARU....
Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la

MUKA LAWA....
Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia. "Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

12 comments:

  1. Kadangkala kita kata 'suka hati kitalah nak tulis atau tunjuk apa. Tak suka jangan baca'...Tapi bila dah muatnaik tu bukankah tujuannya nak suruh orang baca? Kan? :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita dihindari daripada sifat riak ni

    ReplyDelete
  3. tq for reminder SA..yg no.3 tu kdg selalu terbuat sbb syok duit review masuk..haih..termasuk dalam kategori riak tanpa sengaja rupanya...baru tau..huhu..

    ReplyDelete
  4. antara sebab saya takut nak buat akaun insta..huhu. moga dihindarkan. tapi ada jugak orang yang share sebab memang nak ajak orang buat kebaikan. wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. Semakin banyak kita mengwarwarkan apa yang kita miliki,kecapi dan mampu..semakin itu juga ujian akan mendatang,kerana dalam rasa ghairah itu ada riak yang terselindung,,itu yang bahaya..tidak hairan kenapa besederhana itu solusi terbaik..

    ReplyDelete
  6. Caption tu yang akan bezakan antara riak besar atau tersembunyi. Kalau orang puji dan kita bangga pun dah kira riak. Riak ni mudah sangat hinggap dihati.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita sentiasa beringat dan tidak riak.. Perkongsian yang ohsem sis..

    ReplyDelete
  8. huhuhu kadang kite terkhilaf.....

    ReplyDelete
  9. Setuju. Kekadang kita rasa sebenarnya kita nak kongsi kegembiraan apa yang kita ada dalam kita tak sedar tu riak pulak yang hadir. ALLAH

    ReplyDelete
  10. terima kasih untuk peringatan ni kak SA..

    ReplyDelete
  11. Tertarik dgn artikel nih...kalo mcm lita shopping brg upload kt ig fb atas tujuan review mcm ne pula kak??kire sebagai riak tanpa sedar juga ke mcm mne?yela tujuan tuh utk kerja tp tkut ada org fikir kita riak

    ReplyDelete
  12. Moga dijauhkan dari perasaan riak ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah