Friday, November 8, 2019

Perkongsian Jumaat Yang Barakah

Assalammualaikum...

Hi korang...Jumaat yang indah..sejuk, bumi kita disirami hujan...semalam seharian tak bersiaran..cuma blogwalking je kat blog kawan- kawan mana yang sempat..semalam sedikit emosi..lepas tu ok balik lepas pergi ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Harriyanto Rizal Rokman..Kadang- kadang cabaran macam macam kan...so jadikan pengajaran dan pengalaman dalam kehidupan..Minggu ni dan minggu depan SA agak busy dengan tugasan di office..insyaallah SA akan update sekurang-kurangnya 1 entry nanti..nanti SA siap-siap schedule weekend ni....




1.Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, 
*Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.*

3.Kalau kita bergaduh dengan boss,
*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

4.Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

5. Kalau kita bergaduh dengan guru,        
*Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan,
*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
*Walaupun kita menang,Kita tetap kalah.*
*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*
*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*

9. Renungan bersama....Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah 
*bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

10. Mendengar isteri membebel di rumah, 
*bererti kita masih punya keluarga.*

11. Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku 
*bererti kita masih punya suami.*

12. Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas 
*bererti kita masih punya mak ayah.*

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, 
*bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, 
*itu bererti kita mampu bekerja keras.*

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, 
*itu bererti kita punya teman.*

16. Pakaianku terasa agak sempit, 
*itu bererti kita makan cukup.,*

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, 
*itu bererti kita memiliki pakaian.*

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, 
*itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

19. Mendapatkan banyak tugasan, 
*itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, 
*itu bererti kita masih boleh mendengar.*

21. Melihat anak-anak bermain riang, 
*itu bererti kita masih boleh melihat.*

22. Kita masih bernafas, 
*itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

Akhirnya banyak hal yang dapat kita berterimakasih setiap hari. Kita juga bertuah dengan izin tuhan telah menerima pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Semoga yang terima pesanan ini    diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.


13 comments:

  1. Thank for the motivation SA.. ye kadang kita ni ego. Wpun menang dari segala sudut, tapi kesan lepas gaduh tu tetap akan terjejas.. hmmm kadang fikri2 balik manusia mmg tak adil kannn :(

    ReplyDelete
  2. Hi Suria,, Salam jumaat, ;)banayak kata2 semangat yang di kongsi ;)

    ReplyDelete
  3. kunci nya selalu bersabar, tenang dan sentiasa bersyukur... kadang bila kita marah sebab sesuatu malas nak bergaduh atau marah-marah lebih baik diam, itu cara dana, lebih baik diam dari berkata-kata.

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat kak SA. Selamat bekerja n ceria2 selalu

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing. sangat bermanfaat dan saya dapat sesuatu ^_^

    ReplyDelete
  6. Mengambil yg positif disebalik petkara2 yg kita anggap negatif

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...kadang-kadang (bukan kadang2 tp kebiasaannya) memang kita merungutkan....tp kita tak ambik dari sudut positif.

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang bagus ni kak

    ReplyDelete
  9. Apapun kena bersyukur setiap hari dengan apa yang ada dan apa yang terjadi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah