Wednesday, April 24, 2013

Berhati-Hati membeli Makanan


Makanan atau jajan di pinggir jalan kadangkala menggiurkan, apatah lagi ketika sedang berjalan-jalan atau melancong.
Harga setiap hidangan yang ditawarkan biasanya lebih murah berbanding di restoran, sekali gus menjimatkan perbelanjaan ketika melancong.


Teruja dengan keenakan kulinari pinggir jalan, jangan lupa memerhatikan kesesuaian serta kebersihan makanan demi kesihatan perut.

Jangan nanti, anda terpaksa menghabiskan masa anda berehat di bilik dan bukannya berkunjung ke lokasi pelancongan disebabkan sakit perut, cirit- birit dan muntah-muntah.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati keenakan makanan tempatan yang cukup istimewa dan me–nyelerakan.

Ia pasti menjadi satu kerugian jika tidak merasai masakan istimewa sesuatu tempat yang dikunjungi terutama anda penggemar makanan.

Jom semak tip minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda ketika mahu menikmati keenakan makanan tempatan di destinasi pelancongan yang anda kunjungi.


Kebersihan makanan

Jika boleh, intai setiap bahan makanan yang disajikan. Apakah pembungkus makanannya bersih dan bahan mentah yang belum dimasak disimpan di tempat yang sesuai.

Lihat juga peralatan yang digunakan oleh si peniaga. Adakah ia dicuci selepas digunakan atau sebaliknya.


Lihat makanan yang sedang dimasak

Biasanya penjual makanan di pinggir jalan akan memasak makanannya secara terbuka. Sehingga anda sendiri boleh melihat bagaimana proses makanan itu dimasak.

Bagaimana ia mengolah makanan yang berasal dariPADA daging mentah atau minuman dengan ais. Dengan itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membelinya atau
sebaliknya.


Memilih makanan sihat

Tiada salah memilih makanan apa yang akan dibeli. Ini kerana, tidak semua jajan yang dijual me–nyihatkan terutama makanan bergoreng.

Oleh itu, jika membeli makanan di tepi jalan, cubalah membeli makanan daripada sumber sayuran atau buah-buahan. selain menyihatkan, anda mungkin terhindar daripada mengalami sakit perut.


Lihat kebersihan peniaga dan kawasan sekitar

Demi menjaga kesihatan perut, melihat kebersihan si peniaga adalah perlu. Ini kerana, penjagaan kebersihan ketika menyediakan makanan juga perlu di ambil kira.

Jika peniaga itu tidak menjaga kebersihan diri, bagaimana pula dengan kebersihan makanan yang dijualnya.

Kebersihan kawasan sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan hanya kerana terlalu terliur dengan makanan yang dijual, anda mengambil enteng kebersihan kawasan sekitar kedai atau warung tepi jalan itu.


Membawa peralatan makan sendiri

Kita tidak pernah tahu apakah sudu atau garpu yang digunakan dicuci dengan bersih atau tidak. Justeru, bagi mengelak sebarang masalah, anda mungkin boleh mempersiapkan diri dengan membawa alat makan sendiri untuk menjaga kebersihan

Suriaamanda : Aku memang jarang beli makanan yang di tepi2 jalan..kalau melancong tempat orang tu for sure la kan...kadang2 xde pilihan...itupun beli buah jer...kat opis plak aku memang bawak bekal...even Dania pun bawak bekal pi sekolah..sesekali jer makan kat luar tp kena pastikan kebersihan tempat...sekarang mcm2 kan...ada pelaris la...pengasih la...x takut dosa agaknya..


7 comments:

  1. paling tak suka orang yg jenis lap tangan kat punggung @ tepi seluar...dah tu seluar berkarat plk..tak kiralah org jual makanan atau jual air.

    ReplyDelete
  2. betul tu along...bende2 ni kite kena ambil kira...takut kene keracunan makanan....

    ReplyDelete
  3. betul2..semua kena check .make sure bersih & ok..

    ReplyDelete
  4. Sebelum nie setiap pagi selepas mkn wajib sya beli buah yg sorang aunty nie jual dekat ngn ofis.. Tp bila 1 hari tue trpandang aunty tue potong buah dgn kuku dia yg punya la panjang..terus rasa geli nk beli dah.. Pttnya dia kena la pakai glove..baru org tak was2 nk beli..:p

    ReplyDelete
  5. setuju dgn tips2 nie ..
    dah lah skrg kualiti makanan yg dikeluarkan tidak lagi menjamin kesihatan badan ..
    kena pandai memilih makanan dan situasi tempat jual makanan huhuh

    ReplyDelete
  6. gd tips tq share yer

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah