Tuesday, April 9, 2013

Kenapa Kita Perlu Balik Kerja Awal

 Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

 Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
 "Oh maafkan saya, saya tak perasan"

 Katanya "Maafkan saya juga,
 Saya tak nampak saudara"

 Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
 Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
 Lewat petang, tika memasak makan malam,
 Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

 Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
 Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
 Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
 Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
 Terdengar suara halus datang membisik,

 "Bila bersama orang tak dikenali,
 Begitu bersopan dan merendah diri,
 Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

 "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
 Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
 Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

 "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
 Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

 Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
 Airmataku mencurah ibarat air di kali,


 Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
 "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

 "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
 Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

 "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
 ibu tentu suka terutama yang unggu,
 "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
 Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, >
 Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

 Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
 dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


 FAMILY

 Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
 syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
 dalam hanya beberapa hari?

 Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
 akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
 Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
 Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

 Tahukah anda makna "FAMILY"?
 FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


 " HARGAILAH KELUARGA ANDA "

 

 FIKIR2kan..selamat beramal :D

13 comments:

  1. betul2 betul.... ikut nada upin dan ipin... ^_^ hargai sementara masih ada...kalau dah x do... x dapek den nak nolongnyo...

    ReplyDelete
  2. terharu..terus rasa nak balik keje skang jugak!!..huhuhuu..

    ReplyDelete
  3. nice entry.... betul tu.. family tu keutamaan kita..wlu camne pun , air dicincang takkan putus.. hormat menghormati & saling menghargai itu mmg perlu... ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih share citer penuh bermakna ni..KZ pun pernah melakukannya..spontenous..tengah bersilat kat dapur, anak datang minta buatkan milo memang kena jerkah..lepas ni kena control sikit perasaan tu.

    ReplyDelete
  5. Terus sedar lepas baca entry ni..
    MQ pun kadang2 pelik dgr org luar bukan main polite la..
    Dengan adik beradik sendiri mak MQ selalu cakap MQ ni mak tiri...
    sekarang terbawa2 kat anak pulak..
    Ya allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan SA..adik beradik panggil mak tiri..tp sekarang dah slow kot...

      Delete
  6. alamak...tersentap hati den....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah