Friday, January 8, 2016

Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

KRITIKAN BUKAN KUTUKKAN

Hangat timeline Fb hari ni dengan kisah kritikan blogger Kisah Emas Putih yang cute si Uzu terhadap restoran milik artis Fizo dan isterinya Mawar...macam- macam la Fizo ni...susah kalau tak boleh terima teguran mahupun kritikan...yang aku baca..Uzu bagi pandangan dan kritikan peribadi bukan kutukkan malah jauh sekali berniat nak jatuhkan reputasi restorannya...kalau takleh terima kritikan macam mana nak berjaya..omputih cakap Learn from the mistake kan?

Jom baca berita pasal ni yang tengah viral sekarang...


Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.

"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.

JAWAPAN UZU

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.

Pendapat Aku Sebagai Blogger

Pendapat peribadi aku...sebagai blogger kami memikul tugas yang berat...bukan mudah nak buat food review dan memberikan penulisan yang terbaik..kami buat kerja dari hati...apa yang kami rasa dan sampaikan kepada pembaca..kadang- kadang selera tak sama..jadi kena la jujur..kami di bayar untuk buat review dan dari penulisan kami tu yang menjadi jawapan kepada owner restoran..kalau ramai yang datang restoran diorang memang imact penulisan kami di terima dan orang akan datang untuk experience...Kami tak nak la dikatakan penipu sekiranya apa yang kami review tak sama dengan apa yang pengunjung lain rasa kan...kang tak pasal- pasal kami di gelar Blogger Penipu...Market blogger pun nak kena jaga jugak..sekali lagi aku tekankan..kami di bayar untuk review..even review tak berbayar pun kami kena berlaku adil...am i right?

Aku pernah je kritik sebuah restoran kat Seremban...elok je owner restoran tu balas balik kenyataan aku tu...takde pun dia sentap..lalu kat Senawang elok je aku tengok Restoran tu gah meniaga..makin ramai orang adalah...ingat lagi owner tu cakap.."terima kasih atas teguran Suriaamanda..kalau takde yang komen memang takde pembaharuan"..maybe sekarang diorang dah belajar dari kesilapan..apa maknanya tu?

Maknanya diorang tak sentap dengan teguran..customers is always right kan..

Kalau nak maju kena sedia terima teguran atau kritikan..kita belajar dari kesilapan..nobody perfect in this world...

16 comments:

  1. betul tu..kita tulis ikut pe yg kita rase kan...jd mslh sbb tak dpt terima kritikan..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Suriaamanda.. Fizo ngn bini dia memang xle terima teguran.. isu tudung dulu pun camnie gak..

    ReplyDelete
  3. dia nih dh tak laku sgt berlakon pastu meniaga lak bila ditegur nk melenting lak...
    mmg lah blogger tuh bkn pakar ke apa tp sebagai seoarang pelanggan tak salah kan dia bt review di blog peribadinya.

    ReplyDelete
  4. Betul2.. Kalau ikhlas dia xkan marah. Lepak chill...n buat something. Rasa mcm x trjejas pun. Dah bce review uzu n xrasa reviewnya keterlaluan.. Tp jwpn balas tu yg something.. Marilah kita amek ikhtibar dr hal ini. Ye dok.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum suria...biasalah kalau kena tegur sikit..bila dah ada yg menegur tu bolehlah diperbaiki lagi servis kat kedai die...

    ReplyDelete
  6. hahahaha..nak tegelak pon ado..mcm2 la depa ni..tapi bukan salah uzu..fizo mawar pon jangan la melatah sangat..

    ReplyDelete
  7. hurmmmm......apa-apa jelah fizo ni....

    ReplyDelete
  8. Pihak fizomawar kitchen bagi jawapan balas pada uzu tu, lagi la macam menyindir je..at least uzu bagi review jujur..tak de maksud tersembunyi..cuma komen untuk mintak diperbaiki lagi servis & mutu makanan..yang pihak dorang bagi jawapan balas tapi tak ikhlas..

    ReplyDelete
  9. Baca review yg uzu buat tu rasa cam biasa2 jer..takder la dia hentam teruk ker hapa..just dia share pengalaman dia..tak faham jugak kenapa fizo nak emo sangat.

    ReplyDelete
  10. Ala...benda macam tu pun nak bising, terima saja kritikan tu demi kebaikan restoran Fizo jugak.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    ReplyDelete
  11. Viral betul kisah fizo omar dengan emas putih ni ye...

    www.qiyasaad.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. eeeeehehe betul tu.. pandangan untuk membangunkan lagi perniagaan =)

    ReplyDelete
  13. moga Fizo perbaiki lagi mutu perkhidmatannya

    ReplyDelete
  14. Kena ambil positif setiap teguran dan komen pelanggan..

    ReplyDelete
  15. geram jer baca kes dia aritu...dah nama pun personal review, mesti laa orang tu tulis berdasarkan pengalaman dia kat sana...ehh, anyway Happy New Year kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah