Tuesday, July 30, 2019

Jangan Halang Orang Yang ingin Buat Kebaikkan Pada Kita

Perkongsian dan Nukilan Rakan Sekerja Blue Pearl


'Salam Mawar'.

'Sedap tak food kat cafe UAK tu?'

Menjelang asar Mawar dapat notifikasi WhatsApp daripada Nina, kawannya yang dikenali sewaktu melancong ke Mesir tempoh hari.

'So far yang aku makan, alhamdulillah sedap'. Laju Mawar membalas.

'Jom petang ni kita ke sana'. Nina memberi saranan. Sebenarnya itu lebih kepada kata putus. Tiada pilihan.

'okay jommm' . Sepantas kilat Mawar bersetuju.

Sebenarnya setiap kali keluar dengan Nina, Mawar rasa serik untuk keluar lagi pada masa akan datang. Kata-kata sinis yang sering keluar dari mulut gadis itu benar-benar menghiris hati kecilnya.

Namun, dia cepat jatuh kasihan pada gadis tersebut kerana dia tahu Nina tiada kawan lain sebagai peneman di waktu makan. Memandangkan dia pon tiada aktiviti lain pada petang itu, tiada masalah untuk dia menemani Nina makan.

Bukan dia tak tahu Nina hanya menggunakannya bila diperlukan sahaja. Dia tahu. Dia faham sangat. Nina pon selamba saja memberitahu yang dia memang 'menggunakan' Mawar sebagai teman di kala kesunyian.

Mawar hanya tersengih-sengih saja bila mendengar kata-kata Nina. Tiada balasan kata-kata dari Mawar.

"Kau kena ingat Mawar. Buat baik tu berpada-pada. Buat jahat jangan sekali". Seringkali Nina menasihati Mawar begitu.

"Oooo.. Kalau macam tu buat jahat kena banyak kali la ya".Pandai jugak si Mawar ni bergurau.

"Aku jenis tak suka terhutang budi dengan orang". Nina menghamburkan kata-kata sambil menghirup fresh orange.

Mawar diam saja. Dia ralit mengunyah fries yang rangup di depannya. 'Siapa suruh kau terhutang budi dengan orang?'. Kata-kata itu hanya sekadar terlekat di dalam hati Mawar saja. Jarang dia membalas kata-kata Nina.

" So petang ni, aku yang bayar. Dah banyak kali sangat kau bayar. Tak selesa la aku..aku taknak terhutang budi dengan kau". Selamba Nina berkata-kata sambil mengunyah burger daging.

"Laa kau ni. Bukan selalu pun kita keluar makan.. Tak payah la nak kisahkan sangat sapa belanja sapa. Itukan rezeki dari Allah".

Adakalanya Mawar bersuara juga mempertahankan tindakannya. Padanya, tiada salah hendak belanja kawan. Lagipun, dia tahu Nina bukan jenis mengambil kesempatan orangnya.

"Itu la engkau. Buat baik tu biar berpada-pada". Entah ke berapa puluh kalikah  Nina mengingatkan Mawar tentang buat baik berpada-pada ini.

Mawar belum dapat 'digest' tentang buat baik berpada-pada ini. Pada Mawar, kalau nak buat baik tu buat sajalah. Kenapa nak kena berpada-pada pulak. Macam nak berkira sangat untuk berbuat baik. Nampak sangat keikhlasan untuk berbuat baik tu boleh dipertikaikan.

Itulah yang Mawar rasa.  Ya.. mungkin pada Nina buat baik yang dia maksudkan itu biar pada tempatnya. Jangan main semberono saja. Nanti diri sendiri yang rugi.

Entahlah. Dia tidak tahu apa yang Nina maksudkan. Tapi, dia tidak pula hendak berdebat tentang itu dengan Nina. Nanti akan berpanjangan. Dan Nina pula jenis tak boleh kalah bila ada 'argument' antara mereka. Jadi, dia ambil jalan tengah. Diam. Itu adalah lebih baik.

Selesai makan cepat-cepat Nina menuju ke kaunter pembayaran. Mawar mengikut dari belakang.

"Semuanya RM50.50 kak"

Nina menghulurkan kad kreditnya.

"Maaf kak, sini bayar tunai".

"Laa.. Ye ke.." Nina agak panik sambil membelek dompetnya. Hanya helaian wang RM1 dan RM10 saja yang ada.

"Nah adik". Mawar dari belakang menghulurkan note RM50 kepada cashier tersebut.

Nina hanya diam tak terkata. Beliau menghulurkan baki lagi 50 sen kepada cashier tersebut.

"Nanti aku bayar balik ye Mawar". Perlahan Nina bersuara. Malu dia nak memandang muka Mawar.

"Tak yah lah. Aku belanja". Ujar Mawar sambil tersengih-sengih seperti biasa.

"Dah.. Jom maghrib. Lambat dah ni" . Mawar melihat jam di tangan montelnya sambil menuruni anak tangga untuk ke surau. Nina hanya mengikut di belakang tanpa bersuara.


Sahabat, jangan kita merasa tidak selesa sangat sekiranya ada kawan yang ingin berbuat kebaikan kepada kita. Itulah rezeki kita.

Rezeki bukan semuanya direct terus kepada kita. Pelbagai cara Allah limpahkan rezeki kepada kita. Jangan jadi sombong dengan menolak rezeki yang datang.

Boleh jadi dengan sekali tolakan itu, tiada lagi rezeki yang datang, atau ada saja kesukaran rezeki yang Allah timpakan kepada kita.

Jom kita hayati sabda Rasulullah saw tentang fadhilat menjamu/memberi orang makan.

Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thobroni).

Diriwayatkan, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah, “Perbuatan apa yg terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasul menjawab, Yaitu kamu memberi makan kpd orang lain, dan kamu mengucapkan salam kpd orang yg kamu kenal dan yg tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)

Nabi bersabda, “Barangsiapa yg memberi makan kpd seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

SO.. TUNGGU APA LAGI SAHABAT! JOM KITA SAMA-SAMA AMALKAN SIFAT YANG MULIA INI. INSYA-ALLAH SEMOGA ALLAH AKAN MENGURNIAKAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEPADA KITA!

5 comments:

  1. i like this.
    and aida buat sebaiknya, SA.
    kalau ada ops di luar, before balik ofis, akan tapaw kan kuih utk ofismet.
    minum ptg ramai2.
    kalau sesekali keluar ramai2 sarapan, aida akan blanje.
    tu la cara yg simple, pada aida.
    bila kekadang sesak poket ni, hu hu hu hu jer lah :)
    sesungguhnya Allah akan balas tak semestinya dgn bentuk duit, kan.
    nikmat sihat. nikmat anak cemerlang... nikmat kita selamat gi balik keje.

    ReplyDelete
  2. Rezeki itu rahsia Tuhan. Bila kita berkongsi rezeki dengan orang lain, lebih banyak rezeki yang diberikan pada kita. Kalau bukan dalam bentuk duit, mungkin dalam bentuk ketenangan, kesihatan yang baik,keluarga yang bahagia atau benda lain.

    ReplyDelete
  3. selalu berbuat baik insyallah akan dibalas yang baik2

    ReplyDelete
  4. Hai sis, jalan2 snggah sini., done follow, jemput follow my blog. :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah