Monday, July 8, 2019

Perbezaan Gerd Dan Gastrik

Hi korang..

Hari  ni SA nak share ngan korang tentang apa itu Gerd dan Gastrik memandangkan SA memang menghidapi kedua- duanya..bila dah kena memang ambil masa yang lama untuk sembuh..adakala rasa tak tenteram, rasa anxiety dan boleh dapat panic attacked tiba- tiba..sampai macam tu sekali perasaan tu...SA harap perkongsian ini dapat membantu korang yang menghadapi masalah yang sama ngan SA....

Gambar sumber GOOGLE


Apa Itu GERD?

Gerd atau nama panjangnya 'gastroesophageal reflux disease' adalah sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan melimpahnya asid perut ke esofagus atau salur pemakanan.

Tak kira la asid tu banyak atau sikit. Ini yang kita panggi asid refluks.

Di antara esofagus dan perut ada satu injap yang kita sebut sebagai LES atau lower esophageal sphincter. LES ni kerja dia macam pintu (2 arah).

Bila kita makan biasanya dia akan buka dan bila tak makan sepatutnya dia tertutup.

Mereka yang mengidap GERD ni pintu tu terbuka round the clock. Tak reti reti nak tutup dah.

Tuh sebab asid banyak atau sikit pun melimpah ruah la dia naik ke esofagus.

Adakalanya sampai masuk ke airway sehingga menyebabkan kita seperti tak cukup bernafas atau kurang udara.


Apa pulak simptom- simptom nya?

Biasanya pengidap gerd akan kerap terkena pedih ulu hati, sakit tekak yang berpanjangan,

tekak seperti terasa ada sesuatu dan macam macam lagi.

Penyebabnya pula seperti obesiti, Hernia, merokok, wanita mengandung dan ada beberapa sebab yang lain termasuk anxiety (vise versa).

Saya sangat percaya yang gerd di sebabkan asid yang tidak optimum sebab kalau asid kita terlebih

tak ada la masalah penghadaman.

Pesakit gerd akan menghadapi masalah penghadaman yang agak ketara dan

lanjutan dari situ perut mereka selalunya di penuhi angin (kembung) yang kadang kalanya melarat ke kepala dan anggota badan yang lain seperti kaki dan tangan.


Apa beza pulak GERD dan Gastrik?

Ini yang ramai orang confuse. Kebanyakkannya ingat sama aje sebab doktor pun suka bagitau pesakit
GERD yang mereka ada gastrik.Gastrik sebenarnya adalah penyakit lain di mana perut kita akan berasa pedih. Ini di sebabkan radang yang ada di dalam perut.


Antara penyebabnya ialah bakteria (eg. hpylori), alkohol dan ubat ubat seperti 'pain killer'.

Kalau dalam report doktor biasanya disebut sebagai 'gastritis'.

Radang juga boleh menyerang bahagian lain seperti di esofagus (esophagitis), di usus (enteritis) dan sebagainya.




7 comments:

  1. Ya Allah seksa kalau ada dedua ni,,

    ReplyDelete
  2. selalu alami masa pregnant...sekarang kurang la sikit..tp pernah juga masa tidur tiba tiba tersedar rasa macam tercekik sesuatu..then tekak terasa pelik...macam baru lepas muntah. asid perut naik la tu agaknya...

    ReplyDelete
  3. walaupun dh baca sebelum ni mcm yg SA tulis, dana ttp tak berapa paham.. tp bila baca2 banyak kali, adik bongsu dana ada masalah gerd nih, sbb ingat2 gastrik tp bukan... sbb simptom nya tak sama...

    ReplyDelete
  4. Memang seksa kalau ada gastrik ni. Memang banyak yang kena gastrik sebab waktu makan tak teratur.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..info yang sangat berguna

    ReplyDelete
  6. kita ada gastrik, dan pernah kena gerd juga pada satu musim yang dulu...huhuhu

    ReplyDelete
  7. oo..tak tau plak ada penyakit gerd..adeh..good sharing, SA

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah