Monday, July 15, 2019

Sarapan Roti Canai Kari Kambing Yang Viral Dan Balik Kampung

Hi korang.....

Weekend SA yang agak best...hehehe...pagi- pagi Sabtu dah gerak balik kampung dah..bukan buat apa pun..Mak Lang call kata rambutan dah masak...balik la kampung katanya...makanya kami balik kampung...sebelum tu SA pergi ambil makcik dulu. Then terus balik kampung..dalam perjalanan tu kami decide nak sarapan kat luar..so makcik yang suggest tempat ni...sebelum ni kami memang notice tempat ni memang ramai aje orang singgah..tak tau plak tempat ni sebenarnya dah viral. Every weekend katanya penuh sebab orang dari KL, Melaka dan NS datang sarapan kat sini. Tempatnya biasa je uolls, kawasan rumah kampung...tempat duduk pun tak banyak mana...services pun cepat je..makanan? Memang banyak pilihan dan SA boleh katakan memang SODAP...especially roti canai kari kambing...

Jom tengok gambar...SA sebenarnya ada buat Vlog...tapi tak leh upload kat sini sebab size besar..nanti kat last entry SA letak link youtube eh...kalau korang nak tengok boleh klik link tu...


Nampak kan..kedai biasa je...


Kari kambing dia memang cukup sedap..cukup rasa..tapi kena datang awal sebab cepat habis..


Abah yang masih tak berapa sihat..


Mak dan makcik tengah menikmati...tak pandang kiri kanan sebab sedap


Anak dara SA of course la ada...


Ada nasi goreng, bakso , mee kari, mee soto dan ayam goreng berempah


Kari kambing viral


Roti telur bawang


Rendang ayam campur daun maman..


pulut kuning..

Memandangkan kawasan kampung...makanya banyak la ayam- ayam kampung area ni...geram tengok ayam kampungnya...besar- besar dan gemuk- gemuk


Testing camera hp





Baca juga kisah Sarapan Di Kodai Serapan D'Sawah



Lepas makan kami pun gerak balik ke kampung...sampai- sampai jer memang meriah tengok keliling rumah pokok rambutan berbuah lebat dan dah mula masak buahnya...tapi sayangnya SA ada sedikit batuk so cuma makan sebiji dua je..lepas tu Pak Lang ngan abah gali ubi kayu..Makcik nak bawak balik Seremban sebab nak buat kuih dan jual..sambil- sambil tu sempat makcik buatkan talam ubi untuk Abah dan Pak Lang. SA tak leh makan sebab ubi ada banyak angin kan...so pandang aje la walaupun memang nampak sedap kuih talam ubi tu...


Makcik SA


SA merayau je kat kebun...nyamuk banyak ahaurung tapi tak peduli pun...


Pak Lang cuci ubi kayu


Ubi kayu yang dah siap cuci...


Buah manggis lebat tapi blom masak lagi


Rambutan dah mula masak


Pokok cili yang subur menghijau...


Buah pulasan baru nak mencelah


Ni pun sama..baru nak masak


Rambutan gading baru nak masak


Yang ni dah selamat masuk dalam perut SA


Geram kan tengok...


Pak Lang perkenalkan handbag rare...hehehe..sebenarnya bekas ubat nyamuk...so pakai ni takde la nyamuk hurung SA...


Selfie sekeping...


Nampak tak buah langsat tu?lebat buahnya kan..tapi belum masak lagi..

Kalau takde aral minggu ni SA balik kampung lagi....kalau rajin la...panas- panas ni SA sedikit malas nak balik kampung. Bukan sebab apa..sebabnya muka SA senang tumbuh jerawat kalau panas.Kami balik petang tu dalam pukul 2pm sebab mak SA nak cuci buah pinggang plak kan...so masa kami kat kampung agak terhad...apa jer nak buat semua kena cepat..maybe minggu ni kalau balik kami balik lepas mak cuci buah pinggang. So dapat la berlama- lama sikit..dengarnya makcik nak buat kuih bosopang dengan kuih kasui pandan..bestnya..kalau dua kuih tu SA bleh makan...tapi tak leh la makan banyak..Kalau SA rajin, SA buat live eh......

Vlog balik kampung > https://youtu.be/PFTmMuvJQTc

Facebook : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2422725497773183&id=100001072708275

12 comments:

  1. Kedai tepi sawah kan kak? Xde peluang lg nk mkn dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Nora...ni betul- betul berhadapan ngan Taman Ulu Bendul, yang D'sawah tu depan lagi...

      Delete
  2. Uihhh.. meriah sangat ni. Nak je menumpang kalo ada trip. Rasa best pula tengok kebun buah SA tunjukkan ni. Btw roti telur bawang nampak sedap tuu. Garing garing..

    ReplyDelete
  3. bab beg ubat nyamuk tu best hahahah. sonok ada kebun buah weii

    ReplyDelete
  4. suka menu sarapan mcm ni roti canai orang melayu, nt nak jjcm belah selatan pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kari kambing tu..
    Meriah dengan buah-buahan..

    ReplyDelete
  6. fuhhhh tengok gambar pun dah mengancam! Selalunya kedai viral ni memang kena beratur awal la sebab ramai yang datang serbu. Geram tengok buah pulasan!

    ReplyDelete
  7. Macam-macam menunya. Rasa lapar pulakšŸ˜….

    ReplyDelete
  8. Geram nenguk kari kambing tu
    Pasti sodap

    ReplyDelete
  9. aduhhhhh geramnya nengok pulasan tu!! belum dapat lagi pulasan sejak musim buah da start ni...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.
    seronok nyer tgk gambar SA dgn buah2an ni.
    masuk kebun buah, syorgaaaa...

    ReplyDelete
  11. kat melaka ni pun da trending roti canai dgn kari kambing :)
    kari nyer pekat. sedap. cicah dgn roti canai panas2.
    fuh, best!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah