Monday, July 29, 2019

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

Memperkenalkan Rangkaian Suplemen Berkualiti Tinggi, Harga Mampu Milik Agar Rakyat Malaysia Lebih Sihat


Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas.

Bunyinya mudah bukan? Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan anda kerana cabaran ini tidak semudah yang anda sangka, ia akan membantu rakan-rakan dan keluarga anda untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.


Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn.



“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.



“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.

“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.


Rangkaian Suplemen Guardian

Vitamin C 1000mg + Zinc10mg


 MAL16085003NC

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita[1]. Sehubungan itu, anda perlu menambah bekalan Vitamin C larut air pada setiap hari.

Vitamin C memberi manfaat penjagaan kesihatan umum tubuh, manakala Zink adalah mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet mengandungi 1,000 mg Vitamin C dan 10mg Zink, yang mana membantu suplemen keperluan harian anda. Ia boleh didapati dalam 10s, 30s dan 90s.


Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals 


MAL16085038NC

Gabungan Vitamin B-Kompleks, Vitamin C dan mineral ini membantu anda kekal bertenaga serta membantu prestasi harian untuk mengikuti gaya hidup penuh cabaran pada hari ini. Ia disediakan dalam pilihan 15s dan 45s.

Vitamin D3 1000IU


 MAL18066029NC

Vitamin D3 1000IU Guardian membantu suplemen vitamin D3 yang penting untuk kesihatan. Ia menyediakan sokongan kepada kesihatan yang baik. Golongan dewasa digalakkan untuk mengambil satu tablet sekali sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.


Co-enzyme Q10 150mg


MAL18066028NC

Co-enzyme Q10 dihasilkan semulajadi oleh tubuh dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Suplemen Co-enzyme Q10 Guardian direka khusus untuk dos pengambilan sebiji sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan penghasilan tenaga serta memberi khasiat pada tubuh. Golongan dewasa disyorkan mengambil satu gel lembut sekali setiap hari, bersama atau selepas makan atau menurut preskripsi doktor dan ahli farmasi.


Evening Primrose Oil  1000mg


MAL18066031NC

Minyak evening primrose digunakan untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita kerana ia mengandungi asid linolenik gamma (GLA), asid linolenik (LA) dan asid lemak Omega-6 semulajadi. Tersedia dalam botol 60 biji atau 300 biji gel lembut dengan 1000mg EPO dalam setiap biji gel lembut. Satu gel lembut perlu diambil tiga kali sehari bersama makanan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.


Vitamin B Complex


MAL18086001NCZ

Suplemen Vitamin B-Kompleks Guardian memberikan tenaga dan kecergasan . Golongan dewasa dinasihatkan mengambil sebiji tablet sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.

Vitamin E 400IU


MAL18056140NC


Sementara itu, Vitamin E Guardian membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia merupakan sumber semulajadi Vitamin E. Bagi dewasa, ambil satu gel lembut sekali sehari, selepas makan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.


Omega-3 Fish Oil 1000mg


MAL18026048NC

Suplemen minyak ikan Omega-3 1000mg Guardian mengandungi asid-asid lemak penting dalam bentuk asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) daripada ikan. Ia menyediakan asid lemak yang penting bagi kesihatan tubuh dan menyokong kesejahteraan umum. Digalakkan mengambil sebiji gel lembut dua kali sehari bersama makanan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol 60 biji gel lembut atau 300 biji gel lembut 


Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg


MAL18066030NC


Selain itu, Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak penting, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Malah, setiap gel lembut mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA. Jumlah asid lemak yang mencukupi mesti diperoleh daripada diet kita. Suplemen ini bukan hanya menyediakan asid lemak penting bagi manfaat badan kita tetapi juga menyokong kesejahteraan umum. Dinasihatkan mengambil sebiji gel lembut sebanyak dua kali sehari atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol mengandungi 60 biji atau 300 biji gel lembut.


**SA belum buat cabaran lagi..tengah tak sihat sekarang..nanti SA update kat Social Media dan letak video kat sini juga ye...

6 comments:

  1. gws, SA.
    aida pun masih batuk2. dah masuk 2 minggu.
    wajib dah ni beli vitamin c guardian ni kot kan.
    aduhai. sesungguhnya badan aida ni dah kurang vitamin lah :(

    ReplyDelete
  2. Dah pernah try Vitamin C beli dekat farmasi, tak tau apa silapnya tak sesuai dengan Zaza. But now i consume Evening Primrose Oil Plus Omega 3 Fish Oil.

    ReplyDelete
  3. okey..nnti nak try vit C guardian ni plak..sebelum ni penah consume vit C dari brand lain..tapi lama dah stop...

    ReplyDelete
  4. New follower here 🙋 salam kenal guys.. Salam kenal sis..

    ReplyDelete
  5. kita memang ambil produk ni, sedappp rasa oren. yg ada B Complex tu ada rasa ubat sikit

    ReplyDelete
  6. boleh cuba ini.. Lama tak beli vit c ini..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah