Wednesday, July 17, 2019

Bila Rasa Stress Dan Dalam Kesedihan..SA Manjakan Muka....

A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet Menyegarkan Kulit Muka


Hi korang...

Siap selalu stress? SA ada cara hilangkan stress sekaligus buatkan muka korang rasa segar dan bermaya...haaaa...SA setiap kali rasa stress akan pakai face mask atau mask sheet tak kisah la apa jenama..pakai selama 15-20 minit lepas bersihkan muka. Kenapa SA suka pakai mask sheet ni? Selain menyegarkan muka ianya membantu SA release tension sebab selepas korang letakkan ke muka mask ni korang akan lebih relax dan dalam keadaan bertenang. Nak pergi spa selalu memang tak la kan dengan keadaan ekonomi negara yang sangat teruk ni...better buat sendiri di rumah dengan hanya mask sheet. Harga pun dah murah sekarang. Kalau nak lagi murah korang boleh beli di ALTHEA . Ada banyak pilihan kat situ...SA memang selalu beli dari website Althea je...



Untuk mask sheet yang SA gunakan ni..SA pilih A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet Althea 



A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet


The Superfood that is Super-good

This mask is rich in antioxidants to nourish and protect skin from harmful environmental factors and prevent wrinkles

Infused with avocado extracts and hibiscus for soft supple skin that glows

Key ingredient Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.

Full-size 25g│0.88oz

Skin Type All Skin Types (great for Dry Skin)






Best sangat tau...sejuk dan menyegarkan...lepas 15-20 minit korang tanggalkan dan jangan basuh muka..terus dap dap muka tu sebab cecair dari mask sheet tu tadi masih ada kan...jangan risau sebab mask ni sesuai untuk semua jenis kulit...


Muka SA selepas pakai A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet..baru la kulit muka segar dan bermaya berbanding sebelum pakai...


Apa fungsi masker muka ini? 


Untuk pengetahuan korang, mask muka ini sebenarnya berfungsi untuk membuang sel kulit mati di lapisan atas kulit dan membersihkan pori serta mask muka juga mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih dalam berbanding krim biasa yang korang guna hari-hari tuu..haaa tau dah kan....kulit muka sememangnya penting dan harus dijaga..

Mask muka ini sebenarnya ada banyak jenis tau! Antaranya ialah jenis "clay mask", "peel off mask", "sleeping mask", dan "sheet mask" yang macam SA suka pakai ni. Kalau "clay mask" kena cuci, "peel off mask" pula kopek sahaja, manakala bagi jenis "sleeping mask" dan "sheet mask" kebiasaannya SA pakai je 15-20 minit, lepas tu tanggalkan dan dah siap....

Tidak kira jenis mask muka yang mana satu, kesemua mask muka mempunyai khasiat tersendiri. Antara kebaikan mask muka adalah memberikan kelembapan berpanjangan, menghilangkan garis halus dan kedutan dengan penggunaan yang konsisten, menenangkan sebab terasa ala-ala spa, mudah dibawa kemana-mana dan banyak lagi.

Khasiat mask muka pun banyak sebenarnya.. ada untuk anti-penuaan, menghilangkan kulit kusam, melembabkan , mencerahkan malahan ada mask khas untuk menghilangkan "eyebag" bawah mata juga. Kurang rehat dan kurang tidur yang buat muka kita ada eyebag. Tak leh blah kalau muka ada eyebag nampak lebam tak tentu arah je kan...

Berapa kerap boleh pakai mask sheet ni?

Kekerapan pemakaian mask muka bergantung pada jenis kulit seseorang. Untuk kulit normal 2-3 kali seminggu. Untuk kulit berminyak 3-5 kali seminggu, manakala untuk kulit kering 1-2 kali seminggu. Jangan pakai hari- hari ye...hehehehe...

So..jom mula pakai mask sheet..ada banyak jer di pasaran dan harga pun lebih murah..SA memang buat stok kat rumah sebab bukan SA jer pakai sorang..tapi anak dara SA pun pakai sebab dia dah pandai jaga kecantikan muka.SA memang tekankan penjagaan muka dan badan di awal usia dia.Sebab tu dia nampak matang kot walau baru berumur 15 tahun...hehehe...

12 comments:

  1. Nad pun ada banyakkkk stock mask Althea ni. Sebab kita grab time promotion haritu kan, memang beli bundle terus. Eh baru perasan tak follow kak SA lagi, Nad follow sini ye #1665

    ReplyDelete
  2. Memang best mask Althea ni. Rasa fresh dan lebih relaks

    ReplyDelete
  3. Nieyl seminggu 2x akan pakai mask, lepas tu..baring sambil pasang lagu spa..memang layan..hehehe

    ReplyDelete
  4. yezza..dh jumpa dah review pasal mask. kang terus p jenguk althea ni ha ;-)

    ReplyDelete
  5. da lama gak intai2 mask althea ni...macam best pulak tengok hasilnya!

    ReplyDelete
  6. dah lama tak bermask mask ni...sbb banyak bermals mals

    ReplyDelete
  7. bestnya pakai mask kak. Mask dr althea sume best bile pakai.

    ReplyDelete
  8. Rajin betul SA pakai mask. Saya malas sikit kalau bab-bab macam nišŸ˜….

    ReplyDelete
  9. baca entry SA ni, sat gi nak pkai sleeping mask la..lamaaa tak manjakan muka ni..busy bebenor..

    ReplyDelete
  10. manjakan muka dan relax ye Kak SA.. memang mampu melegakan stress..

    ReplyDelete
  11. best kan bila muka kita ditepek-tepek masker gini.
    rasa segar pastu.
    kekotoran dah ilang. muka jadi sihat walafiat :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah