Tuesday, July 23, 2019

Reward Dinner Sebelum Trial PT3 Di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar D'Jetty Medan Ikan Bakar MPPD

Hi korang....

Lepas balik dari kampung makan durian dna ambil sikit buah- buahan bawak balik Seremban, Lepas Mak cuci buah pinggang (CAPD), SA ajak Mak Abah dan Dania keluar...mulanya pi pasaraya SegiFresh kat Sikamat, SA kan mati- mati ingat takde SegiFresh kat Seremban. Rupanya ada dan makin panjang la langkah SA nanti kat sini. Memang ramai blogger buat review kat sini kan...ternyata memang ikan- ikan semua fresh tau korang...SA memang tak ketinggalan la pergi beli barang basah..walau masa tu dah petang skit tapi memang masih segar barang- barang basah kat situ. Lepas tu tengok muka Dania monyok jer..stress kot nak trial exam ni kan...so SA decided untuk bawak dia jenjalan ke PD. Maka ke PD la kami berjalan..Singgah kat pasar malam batu 4 tapi takde apa yang menarik..lepak jap kat situ then decided pergi makan kat Medan Selera Terapung MPPD. Puas hati la pergi sini sebab pemandangan memang cantik...Kat Medan Selera Terapung MPPD ni ada beberpaa gerai makan yang pada pendapat SA ada keistimewaan tersendiri dan ramai yang singgah..Tapi SA pilih Restoran Seri Mesra Ikan Bakar Tomyam Seafood. Rupanya ni kedai milik kawan sekolah SA...sama owner yang kat Telok Kemang tu..tapi yang kat sini lagi besar dan ada extra pemandangan yang cantik.


Ini restoran pilihan SA 


Details kalau korang nak buat tempahan


Baru la si anak dara kesayangan ni senyum...kalau tak tu kan..pahit je muka...


Mak Abah memang x tinggal la..


Selfie seketul


Tomyam Seafood


Sup Ekor


Kerang rebus


Sotong Goreng Tepung


Ikan Jenahak 3 Rasa dan ada Kailan Ikan Masin yang x sempat SA nak amik gambar


Pemandangan yang indah sangat...Sunset dah time ni


Cantik kan?


Satu lagi..


Tenang je air laut...


One more yang cantik sangat...



SA siapkan Vlog untuk kenangan


Cukup best...cukup puas hati...makanan sedap tapi agak pricey sikit la...biasa la kalau jadi tumpuan orang kan kat sini...Nanti next time boleh cuba gerai yang lain plak...SA seronok tengok anak dara seronok..sesekali makan kat luar macam ni memang seronok la dia..RM150 makan untuk 4 orang memang worth it la..takde la mahal mana pun sebenarnya. Lepas exam nanti nak bawak Dania makan- makan lagi dan tido hotel plak...nak amik hati anak kan...dia bertungkus lumus perah otak nak buat yang terbaik..tak salah sesekali reward dia...at least hilang sikit rasa stress dia kan...dah la sistem pembelajaran Malaysia sekarang semakin susah kan..last minute format tukar la dan macam- macam  lagi...pening kita as a parent kan....semoga semua anak- anak yang amik ujian PT3 nanti di terangkan hati untuk menjawab soalan...

17 comments:

  1. Segi kat Sikamat tu tak busuk ke? Ni yang kat Coral Heights tu kan? Penah masuk skali bau dia hadoiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde...masa SA pi ok je..takde plak terbau busuk ke apa...susun atur pun ok...pekerja memang bangla la...

      Delete
  2. sesekali makn kat luar best jgk..tukar selera..:)

    ReplyDelete
  3. Good luck dania, sedapnya nampak tomyam tu takpe belanja family murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan urusan dania untuk jawab trial nanti..juga untuk PT3 yang sebenar kelak..lepas ni dania bole kurangkan sikit stress sebab mama dania nak reward macam2 tuuuu

    ReplyDelete
  5. Menu dia nampak sedap dan pemandangan tentang je kak

    ReplyDelete
  6. Patutlah muka pahit sebelumnya, lapar la tu.. Haha, dibawa tempat macam ni terus manis, mesti masakannya sedap, kan. Utk 4 org 150 makan banyak tu berbaloi sgt apatah lagi suasana tempat yg istimewa

    ReplyDelete
  7. suka makan kat tempat yang view macam ni..rasa sejuk je mata sesambil menjamu selera..

    ReplyDelete
  8. Alahaiii..sedapnyaa. dah tu cantik pulak view.

    ReplyDelete
  9. good luck and all the best dania

    ReplyDelete
  10. Waaa....cantiknya pemandangan...tapi kerang bakar tu lagi menarik.

    ReplyDelete
  11. sedapnya tomyam tuuu...makan pulak dgn pemandangan cantikkk..mesti layan kan

    good luck pada Dania..semoga berjaya dengan cemerlang utk PT3

    ReplyDelete
  12. Menu2 SA pilih sedap belake. Tomyam tu mengoda nafsu. Hehehe. Berbaloi Rm150.

    Makan di temani sunset. Syok.

    Semoga Kak Dania diterangkan hati dan mudah menjawab soalan PT3 tu ya. Aamiin

    ReplyDelete
  13. sedap nmpknye menu2 tu...view pn nice

    ReplyDelete
  14. before syuhada exam pun nanti nak blanje dia makan.
    now memang jarang makan luar.
    nak jaga kesihatan dia, SA.
    jgn byk sgt ais, karang selsema, semput lah, batuk lah...
    seafood kurang kan, takut karang elergi.
    semua nak kena jaga. so, bila kita belanje makan gini, kembang hati anak, kan :)
    happy lah dia.

    ReplyDelete
  15. Saya tak pernah tahu pun kewujudan medan selera terapung tušŸ˜…. Cantiklah view masa matahari terbenam.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah