Thursday, July 25, 2019

Malas Masak Tapi Kalau Makan Rajin Pulak

Hi korang...

Sihat ke hari ni? Selamat bekerja pada yang kerja...eh...macam tengah cuti plak..SA kerja la...well orang pemalas masak nak update menu masakan minggu lepas masa kat kampung...yang nyatanya penyakit pemalas masak ni bukan kat KL je tau..berjangkit sampai kat rumah Seremban. SA hanya masak hari Ahad je...Sabtu dah tentu- tentu makan kat rumah kampung...sempat la SA snap gambar menu masakan yang Abah dan Mak masak dan jugak yang Mak Lang masak masa kat kampung...saje la tayang kat sini plak untuk senang refer nanti kalau takde idea nak masak..mana la tau x lama lagi penyakit rajin masak datang balik...who knows kan..penyakit pemalas masak ni kan bermusim..


Ayam Goreng Sos


Ikan bilis tempoyak...guna tempoyak baru tau...


Ikan bawal masak kicap


Sawi putih goreng


Ikan bilis goreng kering ni SA beli...takde la sedap sangat...pernah rasa yang lagi sedap dari ni...


Eh korang mak- mak kalau takde idea nak masak boleh la tengok menu kat atas...SA memang suka jer parking kat dalam blog ni..senang nanti...sebenarnya masak sendiri memang jimat...tapi tu la..bila vitamin M galak sangat menyerang kan...dah SA baca segala jenis doa dah bagi naik balik semangat masak...dah puas di bacakan talkin dengan doa makan sekali masih gagal membangkitkan rasa nak masak SA tu..Ahad pun SA masak simple2 je..bukan apa...asyik makan berkuah je kan....

16 comments:

  1. pg2 dh tgk gmbr lauk pauk..lapar trus

    ReplyDelete
  2. Hi SA. alhamdulillah sihat :) SA sihat? Hihi biasalah tu kan masa rajin memang rajin betul nak masak itu ini. Time penyakit M datang, air pun malas masak xD

    ReplyDelete
  3. mmg sedap menu2 SA tu. especially lauk yg kering2. Gaul dengan nasi, letak kicap sikit. pergghhh leleh!

    ReplyDelete
  4. belum b'fast ...dan nampak makanan sedap ...o.k nak pergi cafe byeee hahhahahahah

    ReplyDelete
  5. semua nampak cedap.....mana la nak cari nasi campur kat sini

    ReplyDelete
  6. betul..benornya masak sendiri lagi jimat..tapi tue la, bermusim penyakit rajin masak ni..saya, skrg ni still rajin lagi nk msak pepagi, bawak bekal ke opis & utk mr hubby bekpes sebelum kuar gi keja..harap konsisten la kerajinan ni..hehe...

    ReplyDelete
  7. saya pun masak weekend je. kengkadang kalau bangun pagi rajin adalah sarapan best sikit utk anak-anak gi sekolah. kalau tidak tu roti je. janji sarapan.

    btw..SA Seremban kat mana? mama sy kat Temiang Jaya

    ReplyDelete
  8. lapar pulak tengok makanan....acaner nak slim ni?

    ReplyDelete
  9. tengok ikan bilis tempoyak tu terus kecur air liur ana ni kak. makan dengan nasi panas mesti bertambah2.

    ReplyDelete
  10. Hi kak, saya sihat.. Nt bebila kita ngedate ek. Lunch time

    ReplyDelete
  11. Hahahaha fahammmmm...kita pun tak berapa rajin nak masak sejak2 ni..tunggu la dulu mood dia sampai

    ReplyDelete
  12. ikan bilis tempoyak. yum yum yum.
    aida lom lagi naik KL.
    adik ari tu balik umah mertua di perak, durian mertua nyer ya Allah, byk. alhamdulillah.
    tak termakan, SA. dijadikan tempoyak.
    dpt la aida 2 balang. lom naik KL utk amik dari dia.
    weekend busy dgn syuhada kelas tambahan & tuisyen for upsr.
    thereafter, once tempoyak tu dah landing kat rumah, hmmm byk la resepi nak try.

    ReplyDelete
  13. Ikan bilis tempoyak tu nampak sedap betul.

    ReplyDelete
  14. baca doa dengan talkin sekali? Hehe. Naughty SA ni.

    Menu nya sedap2 belake tu.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya lauk-lauk tu kak.. Mengancam..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah