Tuesday, July 16, 2019

Resepi Udang & Sotong Goreng Kunyit


Hi korang..

Semalam kan SA balik kerja awal...mentang-mentang bos cuti lama kan...haha..apapun semalam SA  lemau sangat..rasa tak sihat tapi badan ok je..x tau la kenapa..maybe tak cukup rehat dan tak cukup tido..biasala kalau dari Seremban kan..memang tido tak cukup sebab bangun awal pagi...So walau letih semalam SA sempat masak untuk makan malam..masak simple dan campak-campak je..SA tetap nak share resepi sebab sesuai untuk orang bujang macam SA..mudah dan x ambil masa yang lama..jom tengok resepi

Udang & Sotong Goreng Kunyit
  1. Udang 5 ekor( buang kepala dan ekor)
  2. Sotong 3 ekor( buang tulang belakang dan dakwat hitam, pas tu potong besar2 skit)
  3. Bawang kecil 2 biji 
  4. Bawang putih 2 biji
  5. Cili Api 5-6 biji, kalau nak pedas boleh tambah
  6. Sos tiram 1 sudu besar
  7. Bawang besar 1 biji hiris bulat
*bahan 3-4 tumbuk halus

Cara - Cara masak
  1. Udang dan sotong gaul dengan kunyit serbuk
  2. tumis bahan 3-4 sampai naik bau
  3. masukkan sos tiram biarkan seketika
  4. then masukkan udang dan sotong, gaul sebati
  5. masukkan bawang besar, biarkan seketika
  6. perasakan garam
  7. Siap!!!
Hidangkan dengan nasi panas...

Kalau makan bertambah bukan salah SA ye...

Selamat mencuba!!!

15 comments:

  1. Kalau goreng kunyit ni kak, memang favorite Ana. Diet semua campak tepi masa ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. wow nampak sedap! rajinnya akak walaupun penat masih masak :)

    ReplyDelete
  3. ini menu yg mudah cepat dan sedap...:)

    ReplyDelete
  4. Simple2 pun sedap ni kak SA. Hehe. Jgn lupa jaga kesihatan ya kak :)

    ReplyDelete
  5. Rajinnya sis SA ni...badan lemau pun tetap onz masak...kalau juju sakit jenis sakit teruk...apa pun tak boleh buat even nak buat maggi pun...hishhh tgk sotong ni sedap plak

    ReplyDelete
  6. Saya pun selalu masak yang simple2 je. Tak sempat nak masak makanan yang perlukan banyak penyediaan.

    ReplyDelete
  7. Mudah je...boleh cuba untuk makan malam ni...makan dengan nasi putih jak pun dah berasap da ni kalau letak cili banyak...

    ReplyDelete
  8. simple resipi ni SA..boleh ai cuba masak pagi2 utk bawak bekal ke opis...

    ReplyDelete
  9. simple resipi ni SA..boleh ai cuba masak pagi2 utk bawak bekal ke opis...

    ReplyDelete
  10. Wah.. sedapnya.. selalu kalau masak berdua ini buh dalam tomyam je.. Tak pernah gabungkan untuk masak macam ini.. Idea yang menarik ini kak.. TQ Share..

    ReplyDelete
  11. sgt sedap ni.
    malang nyer aida x boleh makan udang :( elergi resdung.
    tapi kalau ada lauk udang, tetap akan makan sekor.
    bagi ilang kempunan.
    tapi jarang masak kat rumah, SA. kopek udang pun jari boleh jadik gatal!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah