Thursday, July 11, 2019

Dah Lama tak Mandi Jeram Jumbang Di Kampung SA

Hi Korang...

Kalau korang nak tau kat kampung SA kan ada banyak tempat daya tarikan pelancong tau...antaranya Jeram kat dalam kampung SA ni..masa SA pergi 2-3 years back jalan memang semak samun la..tapi sekarang macam dah terang sikit..Jeram ni dulu milik Nordin Selat kalau tak salah. Dulu masa kecik- kecik kalau takde air kat kampung memang pergi sini jer mandi dan basuh baju. Dulu air dia besar dan jernih sangat..sekarang dah berapa banyak air maybe sebab jarang hujan dan pernah tak di pulihara kan. Pada SA tempat macam ni perlu diberi perhatian. Orang ramai boleh berkelah dan gunakan air jeram untuk kegunaan harian. Memang dulu jadi tempat rekreasi ni sebab masih ada pondok- pondok lama yang didirikan..

Sebelum ni SA rajin je nak pi Jeram kat Ulu Bendul tapi sejak ada kes Kepala Air yang buat 3 orang budak terkorban dulu sejak tu SA tak berani bawak anak dan family berkelah ke situ. Musim hujan ni bahaya sikit kan....tapi kalau jeram kampung ni SA berani sikit sebab air tak dalam...tapi still boleh mandi la...










Sebenarnya ni gambar lama ni...beberapa tahun lepas...hahaha..aci la sebab takde gambar terbaru pi Jeram ni...sekarang pun rasanya Jeram ni masih cantik macam dalam gambar ni..dengarnya orang kampung nak bersihkan untuk jadikan tempat pelancongan which is SA setuju sangat- sangat. Jeram ni cantik sangat tau....rugi rasanya kalau biarkan aje kan....

19 comments:

  1. sejuk mata tengok pemandangan hijau cam ni..suka pi tempat2 berkelah camni..cuma satu la, tak ada line telefon..haha..adeh..so bff ngan sosial media...

    ReplyDelete
  2. Lama tak mandi jeram macam ni. Memang kena sangat tempat ni dijadikan tempat pelancongan. Harapnya nanti bila dah jadi tempat pelancongan, pengunjung kena la bekerjasama jaga keindahan dan kebersihan jeram ni kan kak.

    ReplyDelete
  3. Waduh bestnyaaaa mandi sungai cmni...kat Johor ni susah nak cari sungai ...
    Sis pun dah potong rambut, terus macam Janna Nick hahahaha..

    Tq SA masuk Sis dalam list blog..

    ReplyDelete
  4. tenang jew dengar bunyi air mengalir di celah-celah batu

    ReplyDelete
  5. Panas2 seronok Mandi jeram ni SA..
    Berendam lama2.. air sungguh jernih.. seronok nya..šŸ¤©

    ReplyDelete
  6. Area mana ni kak? Boleh la pi nyinggah nanti

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat mandi dengan air yang sejuk...

    ReplyDelete
  8. Berembam cam memerang dalam jeram ni seronok aarr. Lama tak pergi tpt camni. Rindu suasana camni, tenang je

    ReplyDelete
  9. Macam best aje tempatnya.
    Harap2 takde pacat r lintah

    ReplyDelete
  10. Syoknya mandi manda kat Jeram lagu ni. Nampak pokok2 hijau. Boleh release stress.

    Baguslah ada orang kampung berniat nk bersihkan untuk buat tempat pelancongan

    ReplyDelete
  11. baca entri ni baru la perasan, da lama tak mandi air terjun

    ReplyDelete
  12. bestnya mandi manda ...dah lama x pergi mandi manda macam ni

    ReplyDelete
  13. happening reramai berkelah kan kak. Lama tak mandi sungai

    ReplyDelete
  14. best nyer.
    lama sungguh aida x ke jeram / air terjun gini gini, SA.
    seingat aida la, sejak aida kawin, tak pernah lagi bwk anak2.
    feveret place dulu kala was sagil. now dipanggil ledang.
    sejuk air nyer. dok tepi batu, cuci cuci kaki. best nyer :)

    ReplyDelete
  15. tenangnye lahai...boleh release stress kan..

    ReplyDelete
  16. Lama tak gi mandi manda macam nie.. best nie beriadah ramai-ramai..

    ReplyDelete
  17. Tenang je suasana kat situ. Memang sesuai untuk yang nak lari jap daripada kesibukan di bandar.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah