Thursday, July 29, 2010

Teringin...LAKSA KEDAH

Mana nak carik LAKSA KEDAH kat seremban ni erk?


kat sini laksa penang berlambak la...tapi ari tu Lisa ada rasa sekali x ingat lak rumah sapa kan..


nak tanya segan plak..dia beli ke dia buat x tahu la...aduiii...memang dari semalam terbayang


laksa nih...laki Lisa cakap jom beli kat pasar malam..bukan ada pun..laksa penang ada la...tapi x


sama rasa mcam laksa Kedah tu...


hisshhh....


ada sesapa orang Kedah yang sudi nak bantu Lisa?bagi resepi pun takpe Lisa boleh buat...


teringin sangat ni weh.....

11 comments:

  1. cam mengidam pulak ko ni.laksa kedah tu cam mana.akak pun tak pernah makan.

    ReplyDelete
  2. Kak ina mail
    - ntah la kak..memang mengidam nih...laksa tu sama jer kot mcm laksa2 yang lain cuma mee laksa dia guna yang kering tu yang terpaksa rebus dulu..mee dia mmg kenyal..pas tu kuah dia lebih banyak ikan..alahai..x reti la nak ckp mcm mana..

    ReplyDelete
  3. lisa...google jer resepi laksa keda..ada kat situ.takpun buka blog kak liza & tanya dia..dia kan tukang masak.org kedah plk tu.akak pandai makan jer.nak buat boleh tapi nak bg resepi mmg tak reti sb bila buat main campak2 jer..
    ni blog kak liza....
    http://www.hanieliza.blogspot.com

    dah buat nanti ambik gambar dulu sebelum makan..hehehe

    ReplyDelete
  4. ceroi
    - order online basi dan bercendawan la baru lisa dapat..kejammm

    ieda
    -hehehhe..thnks akak..ayat last tu perli erk...hahahah..hadehhh..

    ReplyDelete
  5. Hai Mrs Suria Amanda : kepingin laksa kedah yek! sila view entry saya pada bulan june! tajuk entry : KEPINGIN LAKSA KEDAH.. harap sikit sebanyak dpt membantu..huhu

    ReplyDelete
  6. Mrs Weck
    - Wah..berselera i tgok laksa u tu...nampak mcm senang jer..hehehe leh bagi resipi tak?

    ReplyDelete
  7. akak orang kedah..tapi xterror buat laksa..klu nak balik kampung men order ja..mama buatkan..hehehhe

    ReplyDelete
  8. i xde email u la, tapi ok kut i copy paste kat sini, pastu kalau u nk delete lepas u copy nnt pun ok!

    1kg Ikan selayang/sardin – direbus
    1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
    30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar
    2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
    1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
    3 ulas bawang merah – dimayang
    1 genggam asam keping
    1 genggam daun kesum
    3 batang bunga kantan
    2 liter atau lebih air
    garam & ajinomoto secukup rasa

    Cara-cara memasak:

    1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.
    2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
    3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
    4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
    5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
    6. biar hingga cili masak (naik minyak)
    7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
    8. Masukkan air rebusan ikan.
    9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.
    10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.

    bahan-bahan hidangan / hiasan:

    2 bungkus laksa – rendam dan rebus
    daun salad – potong
    timun
    bawang besar hirisan
    cili api – hijau & merah
    limau kasturi
    telur rebus

    Tips:

    Kuah laksa lebih sedap pada keesokannya. Tapi kuah akan menjadi semakin pekat sikit la kan. Sila tambahkan air dan tambahkan garam jika kurang masin semasa memanaskan kuah. Biasanya mak masak kuah malam jika nak makan esoknya. Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  9. Kak Yus
    - apa la akak nih....

    Mrs Weck
    - oh time kasih la awak...sgt2 dihargai...dah gigih salin..harus cuba ni resepi orang kedah..kak yus kalau nak tumapang sekaki pun boleh eh..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah