Tuesday, August 15, 2017

Kawal Pemakanan Untuk Elakkan Gout

Hi korang...

Hari ni SA nak berkongsi ngan korang tentang masalah Gout...bukan apa Abah SA dah menghidap Gout dan harus jaga pengambilan makanan. Tk boleh makan sebarang dah sekarang..Gout selalu menyerang lelaki dan dikaitkan sbeagai penyakit lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun kemungkinan berlaku hanyalah selepas seseorang wanita itu mengalami menopaus.Individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, sakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu perkumuhan asid urik amat berisiko tinggi mendapat gout.

gambar sumber google.

Selain dikenali penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan amalan dan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan makanan laut yang berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan. Jangn biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk kerosakan sendi dan ketidak upayaan untuk bergerak boleh terjadi..Macam Abah SA kalau makan seafood atau daging merah memang tak lama tu dia sakit kaki tak boleh berjalan..kena pi klinik ambil injection dan ubat gout.

Bunyi macam mengerikan penyakit gout ni...sebenarnya penyakit gout ini boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan yang penting kawal berat badan anda.Bagi mereka yang diserang gout mereka disarankan untuk berpantang sedikit.

Antara Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Pesakit Gout:
  1. Makanan Laut  - Kerang, Ikan, Sardin dan Ikan Bilis
  2. Sayur- sayuran seperti Asparagus,Bunga Kobis dan Bayam
  3. Organ dalaman haiwan seperti Paru, Hati dan Jantung
  4. Daging Merah
  5. Cendawan
  6. Yis ( Roti Putih, Roti Manis)
  7. Kekacang
Sayangilah tubuh badan anda kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Yang Maha Esa.Minum lebih banyak air masak sekurang- kurangnya lapan gelas sehari dan kerap lakukan senaman.Kalu tak penyakit orang kaya ni confirm akan singgah.Ianya dikaitkan dengan nama penyakit orang kaya kerana terlalu banyak pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai lebih khasiat.

SA nak inform Abah lepas ni kena jaga pemakanan betul- betul...biasalah orang tua kan..kena cakap elok- elok untuk diorang paham supaya tak kecil hati. Kalau dah sakit semua orang susah.Nak buat apa pun tak boleh nanti.kan?

Jaga pemakanan ye korang...

15 comments:

  1. Ayah ana pun kena gout juga. Memang seafood dia akan elakkan. Kesian kalau tgk bila dia kena tu. Semoga orang tua kita sentiasa sihat ye kak.

    ReplyDelete
  2. br2 ni pn papa kita kena..mmg kena jg pemakanan....dlu die suka kunyah kacang2 skarang mmg xbg dh la...sian juga seafood xbole mkn tp tula kn sakit and bengkak lg susah kn

    ReplyDelete
  3. Nice sharing SA. Abah cikla pun ada gout jugak. Kalau salah mkn mmg bengkak kaki dia. Pergi klinik, amik ubat baru ok. Nnti cikla nk share lah pasal ni kat dia...

    ReplyDelete
  4. Saya takut kalau kena gout ni. Sebab kadang tak sedar apa yang kita makan. Semua balun je.
    Thank you sharing kak SA

    ReplyDelete
  5. Pergi la tang mana pun...samada diklinik, bloger, kawan2 atau petua2 kampung....semua mencadangkan supaya mengelak dari memakan seperti disebutkan diatas....Cadangan untuk pemakanan yg baik pengidap gout amat jarang kita mendengarkannya...Tapi kena ingat...BUKAN semua pemakanan itu terus mendatangkan Gout....dan BUKAN semua petua2 atau supliment itu sesuai dengan antibodi kita...kalau tak boleh sihat jangan marahkan Ubat/suppliment yg kita makan..Wallahuklam

    ReplyDelete
  6. Kalau tengok pesakit-pesakit ena yang ada gout ni, memang sedih perit tengok mereka. Nak bergerak payah sebab yela bermain dengan sendi. Apapun, bertindak dari skrg, jaga pemakanan itu penting. Sebab tu ada piramid makanan, kena amalkan kalau nak sihat

    ReplyDelete
  7. itu laaa kan, kena pantang laa semua tuh Kalau tak memang membengkak ahh dia.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info.. maybe boleh cuba minum air nenas..

    ReplyDelete
  9. Bab nak kena jaga makan ne lah bab yang paling susah bagi mizah. Pantang nampak nak makan jewww

    ReplyDelete
  10. 1 2 4 7 tu mmg selalu makan..kena kurangkan lah no

    ReplyDelete
  11. Kak Sue pernah juga ada tanda macam sakit gout nie, bila makan seafood ja kaki bengkak.. tapak kaki sakit nak pijak.. tapi sekarang macam dah hilang pulak..

    ReplyDelete
  12. jaga pemakanan itu penting untuk tubuh badan yang sihat

    ReplyDelete
  13. Pesakit gout memg kena kawal pemakanan nak nak makanan laut

    ReplyDelete
  14. Akak pun pernah jg kena sakit kat ibujari kaki. Tapi x teruk sgt. x tau la samada gout atau mslh kasut. Mmg jrg mkn daging, etc. Tapi klu jumpa kacang, habis laa! Cuma, akak minum kopi hampir setiap hari. Akak ada baca, kopi pun x elok utk org2 yg kena gout. So, kena byk minum air utk seimbangkan paras asid urik dlm badan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah