Wednesday, August 9, 2017

Petua Nenek Untuk Halau Lalat Dari Rumah

Setiap kali kalau rumah ada lalat mesti kita akan rasa kurang selesa kan, kadang - kala walaupun sudah mencuba pelbagai cara tapi serangga ni masih lagi datang ke rumah. Adakala nak makan pun jadi tak lalu apatah lagi nak sediakan makanan di dapur kan? Rumah SA bukan takde lalat, ada tapi tak banyak macam yang dalam gambar. SA pernah pergi kenduri kahwin salah seorang sedara di kampung. Memang banyak sangat lalat sebab rumah dia berdekatan dengan kandang lembu dan ladang ayam.Kesian sangat sebab memang tiap kali buat kenduri memamng masalah lalat tak boleh elak...so pagi ni SA terbaca tentang petua menghalau lalat ni..tergerak hati nak share kat blog dan SA letakkan kredit di bawah...Lalat kan pembawa penyakit..so jom kita sama- sama halau lalat dari rumah kita....

gambar sumber google

Kini anda tidak perlu lagi risau kerana kami akan kongsikan petua menghalau lalat.

1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangguk atau bekas yang berisi air. Letakkan di atas meja makan ataupun di kawasan  dapur. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.

2. Jika kehadiran lalat sering mengganggu anda sekeluarga yang ingin menjamu selera ataupun anda nak elak lalat hinggap di atas makanan yang baru selesai dihidangkan, nyalakan sebatang dua lilin. Lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.

3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.

4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil daun kari dan letakkan dalam mangkuk atau bekas berisi air dan biarkan terdedah di atas meja makan.

5. Selain itu anda juga boleh meletakkan cili (di belah dua) di atas meja sewaktu anda tengah menikmati hidangan.

6. Satu lagi tips yang bukan sahaja menghalau lalat tetapi juga boleh dijadikan aromaterapi di ruang makan anda, iaitu anda isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau wangi yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.

Selamat Mencuba.

Sumber

11 comments:

  1. tq for sharing....yg biasa buat ltk lilin

    ReplyDelete
  2. PC rasa bukan sekadar yang di rumah boleh praktikkan malahan restoran,warung atau gerai-gerai makan juga boleh praktikkan petua ini...terima kasih SA..

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba ni nanti. Geram kalau tengah makan lalat / langau asyik terbang-terbang. Haishhhh

    ReplyDelete
  4. yg letak bunga cengkih dlm air tu memang pernah buat dan mujarab tau

    ReplyDelete
  5. Nice sharing SA... Baru teringat serbuk kayu manis banyak kat rumah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah...! Kak SA.. meremang bulu tengkuk ain tengok gambar tu.. hahahahahaha.. geli gila tengok banyak2 lalat... yuuuuuhhhhhh...!! :p

    bagus petua ni.. selalu letak lilin or daun kari dlm air tu je.. lepas ni boleh cuba petua lain pula.. tQ kak SA..

    :)

    ...

    ReplyDelete
  7. Baru tau yg bunga lawang cengkih tu semua boleh halau lalat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah