Friday, August 25, 2017

Apa Yang Difikirkan Itulah Yang Akan Terjadi Dalam Kehidupan

🌺 *Mutiara Kata Pagi Jumaat* 🌺

sumber google.com

"Suatu hari, Rasulullah saw menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,
"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab,
"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah tenat, bisa menheretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah saw bersabda,
"Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah saw.
Perhatikan pesan-pesan Rasulullah berikut ini :
"Barangsiapa yang redha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.
Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.
Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.
Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah The Law of Attraction, Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullah yang berlaku di alam semesta.

You are what you think.
Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan dlm kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, iaitu :
Berusaha tawakal dan berdoa.
Sedangkan selanjutnya itu kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :

"Ketika seorang hamba berkata Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka ALLAH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).


10 comments:

  1. Good sharing SA.. betul tu apa yang kita fikir, itu yang kita dapat.. jadinya fikir yang baik-baik aja.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks sharing SA,apa pun kita kena fikir yang baik-baik je...

    ReplyDelete
  3. Peringatan yg baik kak. Semoga kita beroleh rahmat Allah di hari penuh barokah ni.

    ReplyDelete
  4. Jadi, kita kena sentiasa fikir positif kan.

    ReplyDelete
  5. Entry menyedarkan saya supaya perbaiki diri jadi lebih positif

    ReplyDelete
  6. Good sharing kak sa. DOA senjata orang mukmin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah