Monday, August 21, 2017

Ready To Cook Corner Make Your Life Easier...

Hi korang...

Kita ni..bila dah senang nak lagi senang kan,especially pada yang berkerja macam SA yang tak tentu masa balik rumah pukul berapa kan...untuk itu ada je jalan paling senang..di AEON Mid Valley ada Ready To Cook Corner yang memudahkan kerja wanita berkerjaya. Makin malas la SA nanti ni...hehehe....takdenya la kan..sesekali kalau nak ubah selera boleh la beli kat sini..sebab tak semua masakan yang simple tu menjadi pilihan SA...orang lain maybe la kan...tapi SA akui..bila ada ready to cook corner ni memang memudahkan kerja...setiap dish yang diorang pack telah di sediakan bahan-bahan dan resepi untuk sekali masak...tinggal x masak jer lagi....haaaa...mudah kan?jom tengok gambar yang sempat SA snap untuk korang..


Staff AEON sedang top up pack food di section Ready To Cook Corner


Nak buat mee goreng mamak..bahan- bahan dah tersedia...jangan bg alasan x tau nak masak...cara- cara masak pun ada kat setiap pack tersebut


Stir Fry Mushroom With Capsicum....mudah dan murah


Siakap Stim Lemon


Yakiniku Beef Black Pepper


Yee Mee


Ketam Nipah besar2 siap ada telur lagi ha...tp yang ni mahal la...


Ekor lembu...huiiiii...buat sup ekor sodap ni...


Ayam masak kicap....


Black pepper Udon

Labu masak lemak....

Mudah kan?

Dah ada pack food macam ni memang la mudah...cumanya korang tak leh la nak simpan lama..maksud SA sekali korang beli terus masak je...kena masak cepat untuk mengelakkan bahan dari rosak...kata nak senang kan....macam SA yang jenis hari- hari masak ni...memang adakala pening fikir nak masak apa...bila ada pack food kerja pun jadi mudah...balik kerja je terus masak...masalah SA cuma satu la...lepas dah masak..dah bawak bekal..x sampai 1 jam SA pening fikir semula...apa nak masak..hahahhaa....

SA sangat berharap agar pihak AEON meluaskan lagi ready to cook corner ni kat semua AEON di Malaysia, bukan apa..SA dapat tau hanya di AEON Mid Valley je disediakan Ready To Cook Corner ni, takkan hari- hari SA nak pi MV kan...Bila ada section ni selesai masalah mak- mak berkerja yang tak ada masa nak masak ni....pelbagaikan lagi menu mudah dalam pack food..perbanyakkan jugak resepi..hahaha...lepas ni ramai jadi pemalas masak, semua beli pack food je....beli je yang dah pack...ni la dia kan...dah senang nak lagi senang...

Korang rasa macam mana? bagus tak?Pada SA ada gak baiknya dan ada jugak buruknya...pokok pangkal penerimaan masing- masing..zaman sekarang makin maju..kalau memudahkan why not kan..cuma akan cepat jemu la..especially part menu berulang..buruknya dari segi ekonomi sendiri..kalau dah beli je..bila masa nak berjimat..ye tak?

14 comments:

  1. wahhh..ketam nipah..sedap masak kari

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak corner ni masa ke Aeon Mid Valley..mmg mudah tapi macam SA cakap, ada baik n buruk dia..dari segi baiknya, menjimatkan masa..

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat wujudnya corner macamni. Lagi-lagi buat yang tak reti masak. Boleh belajar slow-slow and jimat masa. Nice sharing kak SA. Nad ada nampak benda ni viral, taktau pulak cuma ada dekat Mid Valley jee.

    ReplyDelete
  4. best dan bagus bila ada pilihan macam ni. Senang tak perlu banyak barang dan tak perlu pergi banyak tempat.

    ReplyDelete
  5. hahaha... walaupun dah beli ready to cook stuff ni, bila sampai rumah balik keje , masak entah ke mana bahan masak pun entah ke mana. last2 simpan dalam freezer je, then mlm ajak hubby ' jum pi mkn ' adoiiia

    ReplyDelete
  6. menriknye....bleh menjimatkan masa....

    ReplyDelete
  7. Menarik dan memudahkan kerja-kerja memasak... Bonde suka ni!

    ReplyDelete
  8. wah ada banyak menu best2. klu dah jem piki nak masak apa ready to cook ne sangat membantu

    ReplyDelete
  9. waa..dulu pernah ada juga jual cmni kan..xpe kak SA, pilihan memasing kan..ok jer nak try

    ReplyDelete
  10. Waaaa senangnya skrg. Kalau yg blk keje dh penat dan xde idea nak masak apa, dah ada savior skrg ni kan kak. Xde alasan xtau nak masak apa dh. Hehe

    ReplyDelete
  11. mudahnya lahai zaman sekarang..:)

    ReplyDelete
  12. Suka cmni..memang memudahkan..takde sayur akan mereput dalam peti sebab tak pakai habis..
    tapi untuk org anak ramai mungkin akan jadi mahal kot kan..

    ReplyDelete
  13. Semua serba serbi mudah...Nak masak apa tak yah fikir dah. Tgk pilih je...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah