Thursday, August 10, 2017

Merawat Dan Menghilangkan Masalah Kulit Dengan Menggunakan Betik

Hi korang,
Dah makan tengahari ke..makan apa hari ni?

SA nak bercerita tentang kehebatan buah betik selain menjadi pencuci mulut. betik merupakan buahan yang sinonim dengan rakyat Malaysia, selain dijadikan pencuci mulut, betik juga sering dijadikan menu makanan untuk disajikan.SA suka jer makan betik sebab sedap dan betik sangat melawaskan..elok untuk proses detox yang tidak merbahayakan..kos pun murah kan...betik adalah antara buah wajib yang ada dalam diet pemakanan SA..seminggu mesti ambil 2 kali...

Namun begitu, ramai juga yang tidak menggemari buah berwarna jingga ini dengan sebab – sebab tertentu.Tapi tahukah anda selain mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan, betik juga mempunyai banyak manfaat untuk kulit dan rambut.

gambar sumber google.com


Menyuburkan Kulit
Betik kaya dengan vitamin A dan enzim papain. Anda boleh menggunakan betik sebagai masker buatan sendiri dengan mencampurkan betuk yang dilenyelkan beserta madu untuk menghidrat kulit anda dan menghilangkan sel kulit mati.

Merawat Rambut
Untuk merawat supaya menjadi licin dan lembut, anda boleh mencampurkan minyak badam dan zaitun dan sapuka pada rambut serta kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang sejam sebelum mencuci kepala anda.


Merawat Tumit Retak
Sapukan pes petik segar selama setengah jam di tumit yang retak untuk merawat tumit anda. Amalkan 2 kali seminggu.


Mengurangkan Jerawat
Kulit betik segar boleh disapu pada muka, atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi, yang membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.


Mengurangkan Tompok Hitam
Betik dicampur dengan susu mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit anda. Malah, ia juga mampu sekatakan tona kulit. Susu melengkapi betik dalam memberi keajaiban dalam meningkatkan keserian kulit anda.

Banyak kan khasiat buah betik..sangat- sangat membantu..ye la tak semua orang ada banyak duit nak dapatkan rawatan kat pusat- pusat kecantikkan kan..so jalan paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan bahan- bahan semulajadi yang ada di sekeliling kita. Kita pun kadang- kadang tak terfikir pun yang bahan- bahan yang ada dirumah boleh digunakan untuk tujuan kecantikkan..

Selamat mencuba ye kawan- kawan.

SUMBER

15 comments:

  1. Jarang makan betik sebab sekarang susah nak jumpa. Yang banyak tembikai merah

    ReplyDelete
  2. terus rasa nak pergi pasar malam cari buah betik.. huhuhuuu.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Saya suka buah betik... selalunya beli kat kedai buah potong je... kalau beli sebiji takut dah ada ulat sebab pernah kena dulu... btw, nice info sis...

    ReplyDelete
  4. Saya tak suka betik...tapi adik ipar lawa kulit dia pakai sabun betik =)

    ReplyDelete
  5. betik mmg byk khasiat...
    kalau mkn ketika sembelit pun sgt2 membantu..

    ReplyDelete
  6. Suka makan jugak tp jarang beli.
    Banyak rupanya manfaat dia. Yg paling tau melawaskan jer

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing kak SA. lepasnie kena beli lebih sikit betik hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/kebaikan-keburukan-pembelian-online.html

    ReplyDelete
  8. Suka gak makan betik ni..sbb selalunya lepas makan, confirm temujanji dengan Mr.Toilet..hehe

    ReplyDelete
  9. Menariknya especially utk kulit tak sekata Tu. Tq SA for info

    ReplyDelete
  10. atie pernah makan biji betik.. hahahah~ memang berkesan tapi tak lalu nak makan selalu.. hasilnya ? akak kena try..

    ReplyDelete
  11. Banyak khasiat betik adui rugi betul tak makan dari dulu

    ReplyDelete
  12. Kak Sue memang suka buah betik nie, makan sejuk lagi sedap.. rupanya banyak khasiatnya ya..

    ReplyDelete
  13. Betik memg byk khasiat dan kegunaannya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah