Sunday, August 20, 2017

Pengetahuan Am Tentabg Tokoh Pahlawan Negeri Sembilan

TAHUKAH ANDA ???

TOKOH PAHLAWAN NEGERI SEMBILAN


*Dato' Moyang Salleh*

Merupakan Undang Luak Jelebu pertama. Membuka jalan kepada Negeri Sembilan berkerajaan sendiri, dan kemudiannya menetapkan raja yang dijemput dari Pagar Ruyung di Minangkabau sebagai raja bagi menggantikan pemerintahan Sultan Johor.

*Dato' Dol Said*

Penghulu Naning, putera Melayu pertama menentang penjajahan Inggeris tahun 1831-1832. Keberaniannya melawan kuasa besar dari barat dianggap luar biasa sekalipun berakhir dengan kekalahan. Bagaimanapun kekalahan itu adalah disebabkan ada pembelot di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

*Penghulu Naam*

Merupakan Penghulu Luak Muar yang pertama. Berpegang kuat kepada prinsip dalam menentukan siapa berhak menaiki taktha Negeri Sembilan. Keberanian menentang Raja Malewar yang belum diiktiraf sebagai raja membuktikan dia kuat mempertahankan prinsip dan kedaulatan wilayahnya.

*Dato' Panglima Sultan Karo*

Menjemput Raja Malewar menaiki taktha 1773, seorang buapak luak Ulu Muar. Kuat berpegang pada janji Disebabkan dia diberi tugas untuk menaikkan Raja Malewar ke atas takhta, janjinya tetap dikotakan sekalipun terpaksa menentang penghulunya sendiri.

*Dato' Bandar Tunggal Abdullah b Ahmad*

Pembesar Sungai Ujong berperang melawan Inggeris tahun 1874. Dilucutkan jawatan oleh Inggeris, tetapi semangatnya terus kental hingga rumah dan kampungnya dibakar oleh pihak Inggeris. Pertelagahannya dengan Dato' Kelana Syed Aman, menjadi sebab kemarahan Inggeris dan peniaga-peniaga Cina dari Melaka apabila dia menentang pembolotan ekonomi menyebabkan orang Melayu susah.

*Yamtuan Antah*

Raja Melayu pertama berperang melawan Inggeris tahun 1876, hingga terpaksa hilang wilayah. Sebagai penyelesaian, baginda hanya berkuasa di Seri Menanti sahaja setelah kalah dalam Perang Bukit Putus.

*Dato' Siamang Gagap*

Menentang Inggeris di Istana Seri Menanti dalam tahun 1874, akhirnya jawatan yang dipegang dimansuhkan. Dia ikut sama Yamtuan Antah berundur ke Singapura, dan tidak mahu mengiktiraf campur tangan Inggeris. Dia kemudiannya menjadi orang biasa sebelum beliau mangkat.

*Dato' Bongkok Abdul Malik*

Menentang sistem raja. Keberaniannya melanggar tradisi telah membuka jalan ke arah pembaharuan dalam sistem beraja di Negeri Sembilan.

*Dato' Haji Sail*

Undang Rembau, menentang Inggeris sekitar 1880an. Dia disingkirkan dari jawatannya dengan tipu helah Inggeris, kemudiannya dibuang ke Singapura.

*Pendekar Sampan*

Berjuang menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus tahun 1876. Menjadi jurulatih silat kepada pemuda-pemuda yang mempertahankan Seri Menanti dari serangan Inggeris. Terkorban dalam peperangan kerana kesetiaannya.

*Bilal Ismail*

Menentang Inggeris di Jelebu pada tahun 1880, dan dituduh menderhaka kepada Yamtuan Muda Jelebu. Dijatuhkan hukuman bunuh. Orang yang bertanggungjawab membunuh Bilal Ismail kemudianya dihukum bunuh bagi meredakan krisis berkenaan.

*Pendeta Za'ba*

Menentang Inggeris dengan mata penanya. Dia menganjur Kongres Melayu 1946, dan mencetuskan perjuangan UMNO. Dia tidak terbabit dalam politik, tetapi boleh menumpukan kepada pembangunan intelektual Melayu.

*Dato Raja Pati Mohamed Bin Ismail*

dilahirkan di Pelangai Kuala Pilah sekitar tahun 1852. Beliau dari sebelah ibunya adalah dari Suku Sri Semelenggang Naning, iaitu salah satu suku dalam adat Pepatih yang berasal dari Negeri Naning. Beliau turut terlibat dalam perang bukit putus bersama-sama Dato Siamang Gagap menentang Inggeris.

9 comments:

  1. Uisss byk jugak yek tokoh pahlawan N9.. Almaklumlah time sekolah dulu, sejarah x minat sgt.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni.. Sesuai dengan bulan kemerdekaan ni untuk memperingati tokoh2 pahlawan kita

    ReplyDelete
  3. Org nogori kene tahu ni..hehe. asben tu ntah tahu ke idak ni

    ReplyDelete
  4. banyak rupanya tokoh pahlawan

    ReplyDelete
  5. Bonde suka baca sejarah Negeri Sembilan Dan Melaka zaman Sekolah...

    ReplyDelete
  6. Yang saya kenal Dato' Dol Said dgn Pendeta Za'ba...Yg lain x berapa tahu..Bila akak share info nih bagus sgt sbb daripada tak tahu terus jadi tahu

    ReplyDelete
  7. pasal pendeta za'ba sha pernah baca. perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah