Wednesday, August 9, 2017

Resepi Kari Kambing Air Tangan Suriaamanda

Hi korang...

Ada peminat kari kambing tak? SA memang hantu kalau melibatkan kambing..selalu kalau tak buat kari, masak sup atau grill..kalau makan western mesti nak cari lamb chop...teringat makan Lamb Shoulder kat Las Vacas last month...sodap...ok..kali ni puan- puan semua...SA nak share resepi Kari Kambing SA masak sendiri..haaaaa..kelas kan..SA dah pakar masak kari dah....kalau korang nak cuba boleh cuba..sama jer masak kari biasa...

Jom tengok resepi..


Resepi Kari Kambing SA

Bahan- bahan

  1. Daging Kambing ( campur tulang rusuk) - 1 kg
  2. Cili Kering kisar ( 2 senduk)
  3. Daun kari -3 tangkai
  4. Halia ( 1 inci)*
  5. Kunyit hidup ( 1 inci)*
  6. Kari Daging Babas ( 3 Sudu besar)
  7. Santan  - 1 biji kelapa
  8. Bawang kecil - 4 ulas*
  9. Bawang putih - 5 ulas*
  10. Kentang 3 biji - potong 4
  11. 4 sekawan
  12. Air asam jawa - suku cawan
Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara memasak

  1. Tumis 4 sekawan + daun kari
  2. Masukkan bahan bertanda * dan cili kering serta kari daging
  3. Masak sampai betul2 garing dan cili masak..atau sampai naik minyak
  4. Masukkan daging kambing
  5. Masukkan kentang
  6. Gaul sebati dan biar kering sedikit..
  7. Masukkan santan dan sedikit air..
  8. Gaul dan masukkan air asam jawa
  9. Biar sampai menggelegak dan daging empuk
  10. biarkan mereneh dan santan agak pekat sedikit
  11. Perasakan garam
  12. Siap!!
Senang kan?
Petang- petang buat cekodok atau beli roti canai..sedap makan sambil minum kopi...Tengok plak citer hindustan petang- petang...huiii..jahanam diet...
Selamat mencuba ye kawan- kawan...oh yer..ni menu SA Ahad lepas...alhamdulillah cukup habis licin kami adik beradik makan...sesekali sedap la..jangan selalu nanti muak kan?

17 comments:

  1. husband sruh masak kambing,beria dia nak beli kambing,tapi si wife dia takut lak nak masak kambing tu..takut berbau lak...hehehe..meme tak pandai

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya kari kamben tu.. mamadtg nak minta sikit ni hihi

    ReplyDelete
  3. masak la apa pun asal kambing sure licin. Thanks share resepi nanti miza nak try ;)

    ReplyDelete
  4. tiba-tiba terasa nak buat kari kambing. Dah lama jugak tak masa kari kambing ni

    ReplyDelete
  5. sedap tu kari kambing...tp paling suka kambing grill

    ReplyDelete
  6. Wah, sedapnya kari kambing... Baru semalam saya makan sup kambing...

    ReplyDelete
  7. mkn ngn nasi sedap cicah ngn roti pun terangkat jgk

    ReplyDelete
  8. Rajin nye kak masak. Ni kari kambing pula. Tempting ngat ngat ngatttt

    ReplyDelete
  9. lina xpernah masak kambing....tak pandai lagi la nak handle daging kambing ni...kalau xpandai masak dia bau hamis kan kak sa

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Kari Kambing.. belum pernah cuba lagi nie masak daging kambing. Lain kali boleh cuba..

    ReplyDelete
  11. busyra tak makan kambing tp makan kari daging lembu. hehe. so boleh try resepi akak ni dengan daging lembu.. sbb berselera tengok resepi akak ni.

    ReplyDelete
  12. nampak sedap... memang febret kami sekeluarga tu.

    ReplyDelete
  13. Fav ana juga kambing ni kak. Sedapnya...

    ReplyDelete
  14. Semalam baru makan kari kambing kat kedai SA. Makan dgn roti canai. Hakak jarang sangat beli kambing mentah. So mmg jaranglah jugak masak kambing.

    Kalau hakak suka guna kari Adabi...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah