Friday, August 18, 2017

Negaraku Sehati Sejiwa Tema Hari Kebangsaan 2017

Hari Kebangsaan Malaysia


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Tema Hari Kebangsaan 2017 > Negaraku Sehati Sejiwa





Semangat patriotik sungguh SA kan...bukan main lagi...apapun sebagai rakyat Malaysia dan tentu- tentu SA sayangkan tanah tempat tumpah darahku...eh...pernah ke tumpah darah..hahaha...tak leh blah statement kan...apapun SA bangga dilahirkan dan dibesarkan malah bermastautin di Malaysia....walau banyak dugaan..banyak liku- liku kehidupan...dan macam- macam lagi la..tetap tidak mematahkan semangat cintakan negara..Negaraku Sehati Sejiwa menunjukkan betapa pentingnya rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama saling hormat menghormati,bersatu padu untuk masa depan yang lebih gilang gemilang. Sentiasa bermuafakat demi kemakmuran negara.
Apakah peranan dan sumbangan kita semua kepada negara. Kita semua sebenarnya ada sumbangan dalam bidang tertentu untuk negara.Termasuk SA juga...Namun jika dilihat dari skop yang lebih besar, sebenarnya kita semua ada peranan dan sumbangan masing-masing kepada negara. Orang nampak macam biasa kan..tapi setiap dari kita ada sumbangan besar walau tidak disedari contohnya dari segi pekerjaan kita..jauhi sikap negatif dan ambil segala yang positif.

12 comments:

  1. Semangat patriotik tu perlu.. hihihi!

    ReplyDelete
  2. Sepadan pula warna baju dgn bendera tu kak. Apa pun jgn tanya apa yg negara dah sumbang pada kita sebaliknya tanya apa yg kita dah sunvang pada negara. Biar kecil sumbangan tu janji ada semangat sayangkan negara kan

    ReplyDelete
  3. kalau saya pernah kot kak.. tumpah darah masa main kecik2 dulu.. luka..time bersalin pun ada..hahaha

    ReplyDelete
  4. Wewit, tak pernah tak cun.selamat hari merdeka in advanced Kak SA.

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tunggu sambutan 31 Ogos 😘

    ReplyDelete
  6. sambutan merdeka ni sure budak2 meriah..mcm2lah diorg pya aktiviti yang sekolah anjurkan..bukan sekolah je..badan2 kerajaan dan NGO pun turut serta

    ReplyDelete
  7. Sumbangan besar pada negara tu xde la. Cuma apa yg perlu kita buat sebagai rakyat Malaysia kena pertahankan negara kita dan jaga nama baik negara.

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tunggu 31 ogos.. Nak tengok sambutan hari kemerdekaan tahun ni

    ReplyDelete
  9. why u so pretty? hehehe. x nampak bendera dh kak.. nmpak akak je

    ReplyDelete
  10. Merdeka! merdeka... merdeka nampak tak semangat merdeka disitu

    ReplyDelete
  11. Merdeka! wah kena sangat tema kak Sa dengan bendera malaysia. Tak kisahlah besar @ kecil sumbnagan kita kepada Malaysia yang penting Malaysia masih aman.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah