Saturday, June 11, 2022

Goreng- Goreng Aje Hari Ni....

Assalamualaikum....

Hi korang...

Hujan x kat area korang? Seremban area umah SA ni hujan lebat, kejap berhenti, kejap hujan semula...hari ni hari ke 3 SA x sihat...sepanjang x sihat ni Mak Pah dan Pak Zain yang masak...SA memang x larat...batuk teruk dan memang x duduk dekat ngan diorang....dalam rumah pun SA pakai mask...ambil langkah berjaga-jaga kan...kalau bleh x nak berjangkit...turun bila nak amik makanan aje...air semua mmg beli mineral water letak kat atas.  

Dania dah start kerja semalam dan dia demam sekejap je..mmg SA yang paling teruk ha.  Sesekali datang batuk..jenis rasa nak terkeluar anak tekak...asal batuk macam tu je mengalir air mata...haih...cepat la elok...risau kalau kat tempat kerja nanti batuk...sure orang x selesa kan.  

Kita tengok gambar lauk Mak Pah ngan Pak Zain masak..sebenarnya Pak Zain siapkan bahan...Mak Pah yang masak....sebab tu sedap dia lain machiam....



Ikan cencaru goreng kunyit dan bawang putih


Sayur bendi goreng

 

Dua jenis lauk ni je...simple...makan pun bertiga...itupun x habis dan biasanya bawak sampai ke makan malam. Ni lauk fav kami sekeluarga...ikan cencaru ni besar tau...Pak Zain memang selalu beli yg besar-besar untuk masak macam ni...ingat lagi dulu masak duduk PD. Ini la lauk yang buat kami berebut. Masa tu kami hidup sederhana takde la susah sangat tapi elok je makan satu jenis lauk kongsi ramai-ramai..siap boleh simpan untuk makan malam lagi...tapi sekarang? Masa berlalu begitu pantas kan...sekarang dh mampu makan 2-3 jenis lauk berbeza ngan zaman SA kecik dulu..tapi tu la..kadang selalu membazir...dh tau tinggal berapa kerat je kat rumah ni...tetap nak masak banyak..kalau dulu buang je...tp skrg kalau masak lebih siap bleh call adik badik balik makan atau suruh amik lauk kat rumah...so x de la membazir...now belajar masak lauk simple dalam kuantiti sikit macam ni....elakkan pembaziran..allah marah kan...mahal rezeki kalau membazir...

13 comments:

  1. Lauk kering2 ni taste saya ni..dapat gaul nasi dengan gorengan ikan tu pun dah nikmat

    ReplyDelete
  2. Adui, batuk macam tu memang sakit dada dibuatnya. Rasa macam nak tersedak, rasa nak garu masukkan tangan dalam kerongkong macam satu iklan tu. Mujur ada Mak Pah dan Pak Zain boleh masak. Gws, SA.

    ReplyDelete
  3. Naim tngok dah rasa lapar. Semoga kak cepat sihat

    ReplyDelete
  4. Batuk memang susah nak baik SA.. semoga cepat sembuh ya. Kalau nak cuba, petua dari ustaz anak Kak Sue makan nenas dalam tin tu SA untuk kurangkan batuk. By the way.. Kak Sue suka je lauk macam nie, silap-silap bertambah makan tau..

    ReplyDelete
  5. Dua lauk berhantoooo. Fuh mantap. Makan dengan nasi panas bahaya.

    ReplyDelete
  6. Sakitnya tekak, sakitnya dada kalau batuk kan SA. Moga cepat hilanglah batuk-batuknya tu.
    Tumpang jamu mata lauk-pauknya yang sedap-sedap tu.

    ReplyDelete
  7. nampak simple tapi menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  8. goreng macam ni la sedap kak.. saya suka makan dgn nasi panas.. pehh terangkat

    ReplyDelete
  9. biarpun simple tapi boleh bertambah makan kak.... moga batuk dan sakit tekak akak dah ok dah

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap masakan Mak Pah.

    ReplyDelete
  11. Bendi goreng tu sedap sangat tengok.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah