Monday, June 20, 2022

Resepi Sambal Tumis Terung Dan Ikan bilis

Assalamualaikum...

Hi korang..

Menbuak2 keinginan nak makan macam biasa...nak makan lauk-lauk sedap macam lauk sambal tumis terung ni...Mak Pah selalu buat kalau ada stock terung...dan of course terung tu akan dipotong dua dan goreng atau potong kecik2...ikan bilis plak kena goreng dulu garing-garing masuk last sekali...

Berbunyi perut SA bila tengok gambar dan resepi ni...bukan x tau buat tapi saje nak share kat blog...sedap wey sambal tumis terung ni...lepas tu buat plak telur dadar kan ..huiiiiii....memang gabungan mantap mak enon tuh....x sedar tambah nasi 2-3 kali...


Jom la tengok resepi...korang bleh buat jugak nanti 



Resepi Sambal Tumis Terung Dan Ikan bilis

Bahan:

2 batang terung (dipotong dan goreng)

Ikan bilis kopek (basuh dan goreng)

Cili kering (rebus & kisar)

Bawang merah dan putih (agak2 aje sebab buat sikit je kan)

Air asam

Gula dan garam (secukup rasa)


Caranya:

Terung dan ikan bilis digoreng (terung tu goreng sekejap aje, lps dh goreng keduanya ketepikan)

Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis sampai naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak .. .bila dah pecah minyak, msukkan air asam garam n gula ..(saya masak sambal ni hampir sejam) . Bila sambal dh cukup rasa, tutup api. msukkan pula terung dan ikan bilis. Gaul rata sipa boleh dimakan ..


Kredit : tengku roselyza


18 comments:

  1. Mudah je..free² nanti nak cuba juga la

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nampaknya SA sudah kembali sihat. Buktinya selera makan sudah datang.

    ReplyDelete
  3. nyum nyum.. kembali sihat dan berselera

    ReplyDelete
  4. Memang suka betul kalau terung masak sambal camni. Sedappp

    ReplyDelete
  5. Campur ikan biljs memang aedap ,sil masak camnii jga tp sayang ciknur x mkn terung he hee

    ReplyDelete
  6. Sedapnya SA.. nanti nak buat jugak lah..

    ReplyDelete
  7. Telur adalah menu kegemaran Sis, lagi kalau makan nasi padang, sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  8. Aduh, kita tak boleh masak lauk ni, bocor periuk nasi nanti.

    ReplyDelete
  9. sedapnya, dana peminat terung masak apa pun dana suka

    ReplyDelete
  10. huish..tak blh jadi ni..kna buat jgk ni..:)

    ReplyDelete
  11. Sedapnya masak terung sambal macam ni.

    ReplyDelete
  12. Macam tau-tau kita beli terung semalam :D

    ReplyDelete
  13. Menu legend ni. Kalau singgah kedai makan, mesti cari sambal terung dulu.

    ReplyDelete
  14. fulamak! kegemaran saya ni. kalau jumpa ni, lauk lain saya tak pandang dah...

    ReplyDelete
  15. uishhh saya kalo dapat ni, memang boleh bertambah2 makan lupa diri lupa kalori haha

    ReplyDelete
  16. Aduh...sedapnya menu ni...macam nak kena cari terung ni

    ReplyDelete
  17. lama aida x masak terung sambal.
    tiber mr.asben tak boleh makan terung, SA.
    berangin badan dia after makan terus :(
    hadoi lah. feveret aida kot terung ni hu hu hu hu...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah