Monday, June 20, 2022

Resepi Nasi Goreng Sotong

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA kat office...macam yang SA cakap seksanya batuk ni bila dalam office...kejap- kejap ke toilet, kejap2 pi masuk filing room pi batuk sampai betul- betul lega...SA dah 4 hari MC...dan dah seminggu lebih hampir 2 minggu batuk teruk...punca dari tonsilitis hari tu la...

Sudahnya tadi SA mintak surat refer dari doktor yang biasa SA pergi klinik tu...lepas tu SA apply GL untuk jumpa doctor specialist esok..harap- harap by hari ni SA dapat GL dan esok boleh terus pergi jer...kalau tak sampai bila SA nak tau punca SA batuk, demam dan selsema selalu kan...kalau dia nak warded kan SA pun SA sanggup. Asalkan dapat treatment dan sihat macam biasa..

Tadi tengah browse FB ternampak kawan share resepi nasi goreng sotong ni...nampak sedap dan memang la SA blom boleh makan lagi goreng- goreng, minyak- minyak ni kan...tapi simpan sini la untuk rujukan akan datang...siap step by step orang tu share kat FB...

Update @2.30pm - SA dah dapat GL dah...so esok SA mengadap la Dato' Dr Marina...kalau dia nak wardedkan pun SA rela...lama dah tak duk ward ni...

Jom tengok resepi...mana tau korang pun nak buat jugak nanti...



Resepi Nasi Goreng Sotong

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah
Sedikit cili padi hijau
Ikan bilis
Telur
Garam
Ajinamoto
Serbuk kunyit
Sotong
Nasi

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan.
3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.
6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.

Sumber : Har Ryea













Selamat Mencuba.....
 


12 comments:

  1. Alaaa.. Tipah Tertipu Tertipu Tipah. Ingatkan SA yg masak. Tapi memang nampak sedap nau2 tu. Semoga cepat sembuh dari batuknya tu, SA. Memang seksa terutama bila nak kena kontrol batuk tu depan orang.

    ReplyDelete
  2. semoga yg baik2 je k.... semoga dapat treatment yg seawajarnya!! semoga cepats embuh!

    ReplyDelete
  3. wah..nampak sedapp..leh cuba nanti. moga yg baik2 utk SA key

    ReplyDelete
  4. Perencah nasi goreng tu...pergghhh! Naik jempol!

    ReplyDelete
  5. Selamat menghadap Doc yaaa.. makan dulu nasi goreng sotong ni. very nice laaa nampak sedap SA

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
  7. Syafakillah kak. Nanti dah sihat boleh try resepi ni ye.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan Kak SA untuk berjumpa doktor.

    ReplyDelete
  9. Dah macam nasi goreng seafood ni.

    ReplyDelete
  10. oh menarik cara buatnya, lain dari yang lain..macam tu baru sedap ekk

    teringat saya batuk2 masa covid dan pasca covid..memang teruk sangat rasanya

    ReplyDelete
  11. seriously, aida tertarik dgn telur yg sedang digoreng tu.
    sedap nampak nyer :) ha ha ha ah ha...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah