Thursday, June 30, 2022

Kisah Semalam First Day Working

Assalamualaikum...

Hi korang....

SA berjaya melalui hari dan liku- liku kehidupan semalam dengan rasa yang bercampur baur...x tau nak citer macam mana rasa tu...rasa nak tanggalkan leher ni kalau boleh dan cuci bersih pas tu pasang balik...batuk semakin teruk bila kat office sebab ventilation dan aircondition yang terlampau kuat. Tak tau nak mintak perlahankan macam mana sebab aircond memang centralised kan...So dekat division SA akan kedengaran batuk berpanjangan dari SA la dan SA memang yakin kawan- kawan akan rasa trganggu. 

Bukan SA tak nak sambung MC, tapi sesapa yang duduk di tempat SA pasti akan buat benda yang sama ngan SA. SA secretary dan memang menjadi keperluan dalam division especially pada boss. bila sesekali MC lama dan hospitalization mesti banyak benda yang pending kan....kadang orang faham kita sakit..kadang ada jugak yang kurang faham, tak faham atau buat- buat tak faham. Sedih kan bila keadaan tu semua berlaku. Tak kisah kat mana- mana sektor. Pasti ada dan pasti wujud.

Semalam SA bawak bekal. Menung tengok bekal SA...lauk memang sedap...tapi tu la...tekak pahit dan x rasa apa...tapi SA makan jugak la buat alas perut untuk makan ubat.



Nasi sikit je..nampak banyak sebab gambar zoom, daging goreng halia dan sayur bok choy celur


Ini plak bukan gambar semalam...tapi gambar hari ni...hari ni ada rupa orang sikit...semalam x rupa orang...semalam teruk giler muka macam bengkak sebab steroid dan jugak sebab batuk tak henti- henti.


ramai cakap susut sebab sakit...


Hari ni SA masih sama...masih batuk dan selsema...asal rasa gatal nak batuk je kat tekak, amik tisu and lari masuk bilik meeting. Nasib bilik meeting depan mata...penat oiii...yang dah rasa batuk teruk ni faham la...dah la batuk jenis gatal takde kahak...kalau la boleh garu tekak ni dengan kayu pembaris dah lama SA garu....

Hari ni SA bawak bekal gak...x taua la boleh makana ke tak..harap- harap boleh la makan...nanti SA update ye SA bawak apa....


14 comments:

  1. saya masa batuk truk hari tu..dah cuba lemon madu & cengkih xjaln jgk..keman ubat sakit tekak tak jaln jgk..last sy bedal aiskrim vanila,,sedar tak sedar batuk hilang dgn sendiri..mungkin dengan izin Allah..:)

    ReplyDelete
  2. Insha Allah, SA akan terus sihat dan ceria. Lauk tu, walaupun simple, tapi nampak sedap betul haishhhh

    ReplyDelete
  3. pa company swasta , company besar pulak macam tempat akak tu memang susah la bila pa takde kan. Teringat masa dana cuti 2bulan tu mujur kerani boleh tolong coverkan kerja.

    ReplyDelete
  4. selamat bekerja balik SA!! Alhamduliah dah makin sihat ye...

    ReplyDelete
  5. take care kak, saya pun kalau batuk jenis tak berhenti sampai keluar air mata. rasa nak putus nyawa. take care ye kak semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali ke pejabat. Ceria lah nanti pejabat.

    ReplyDelete
  7. Wah...dah start kerja ya..
    Kalau batuk yang jenis berlarutan memang susah hati...
    Apapun semoga SA kembali sihat

    ReplyDelete
  8. Kalau free, cer try jogging. Boleh clear airways. Saya dulu semput tak boleh aircond juga, first time jogging, berkokok tak henti-henti. Wheezing jugak. Tapi still teruskan brisk walk dan slowjog. Kahak semua keluar bila dalam bilik air. Paru-paru jadi clear. Lama-lama boleh baik. Tak semput dah. Bertahun-tahun dah tak guna inhaler. Ikhtiar cara percuma, dengan izinNya, Insya-Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ye...bila paru2 SA dah kuat skit...baru kena jangkitan kuman..blom kuat sepenuhnya. Dah kena Broncopneumonia di duga plak ngan Influenza...bila dah pi second check up dan scan condition paru2 nanti SA dapatkan nasihat doc bila bleh jog semula...SA xde semput tapi sebab kahak ni tak cair kan...sebab tu susah dia nak hilang.. Influenza akan amik masa lama untuk sembuh..SA pernah kena sampai koma sebulan masa 2009..

      Delete
  9. Selamat kembali bekerja, Kak SA.

    ReplyDelete
  10. moga cepat sembuh kak..ni housemate pun tak berapa sihat ni, suara hilang..tapi dia takde batuk2 sangat..sakit tekak aje..

    ReplyDelete
  11. SA kurangkan makan yang bergoreng, pedas dulu la ye..
    boleh bayangkan sakitnya kat area rusuk tu bila batuk tak henti...get well soon sista

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah