Thursday, June 2, 2022

Kenapa Kita Kerja Setiap Hari?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA nak share sedikit tentang tajuk diatas...ini hanyalah perkongsian yang SA rasa SA perlu share sebab selalu SA dapat email dan pertanyaan- pertanyaan di media sosial tentang pekerjaan SA. Ada yang mengeluh, ada yang bertanya kenapa, ada yang mintak kerja ngan SA (read:kerja kat opis SA) dan macam- macam la. 

Berhubung dengan tajuk yang SA cuba share ni, pada pendapat SA seorang dewasa yang cukup sifat dan kuat tubuh badan serta tiada masalah mental perlulah bekerja bagi memenuhi pelbagai tujuan kehidupan dan disini SA memberi contoh beberapa sebab mengapa seseorang perlu bekerja:

  1. Sebagai sumber pendapatan yang dapat memperbaiki status sosio-ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup.
  2. Secara tidak langsung di beri status di dalam masyarakat. 
  3. Walaupun sesetengah orang hanya sekadar bekerja makan gaji ianya salah satu lambang kejayaan peribadi dan sebagai motivasi untuk diri sendiri dan masyarakat
  4. Memberi rasa kesejahteraan fizikal dan psikologikal
  5. Untuk memenuhi kewajipan moral dan agama di mana seseorang mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, ibu bapa dan keluarga.
  6. Bekerja Adalah Ibadah



 

Ada juga soalan yang SA dapat baru ni...kenapa perlu bekerja sedangkan SA perempuan dimana soal makan minum dan keperluan asas perlu disediakan oleh suami..itu lain la sebab seseorang bergelar isteri memang keperluan segalanya disediakan oleh suami. SA ni suami pun takde...sape plak nak berikan segala keperluan itu semua kalau SA tak bekerja kan? nampak sangat diorang tak kenal SA macam mana dan siapa.

Jom baca perkongsian ni yang SA petik dari halaman Berita Harian. Dan SA suka baca petikan risalah ni...mendalam dan terang sekali maksudnya.

ISLAM amat menggalakkan manusia bekerja dan mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Setiap individu yang mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut agar bekerja. Islam amat memuji pekerja yang mahir lagi profesional sebaliknya menegah manusia daripada sifat malas dan meminta-minta. Bekerja boleh menjadi ibadah yang terbaik kerana ia juga merupakan sunah Nabi.

Manakala pekerjaan yang terbaik pula adalah daripada hasil usaha tangan sendiri. Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya."  (Riwayat at-Tabrani)

Islam menyukai orang yang kepenatan di dalam mencari rezeki yang halal kerana ia juga dikira sebagai ibadah sebaliknya mengecam mereka yang menganggur dan menjadi beban kepada masyarakat.

Walaupun Islam menyarankan agar bertawakal kepada Allah SWT di dalam setiap urusan kehidupan, namun ia perlu dilaksanakan setelah berusaha melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil. Rezeki yang ditentukan oleh Allah di dalam kehidupan seseorang amat berkait rapat dengan kerja dan usaha yang berterusan seperti kata pepatah 'Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.'

Pepatah Arab juga ada menyatakan 'mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan.'

Walaupun Islam menyarankan agar bertawakal kepada Allah SWT di dalam setiap urusan kehidupan, namun ia perlu dilaksanakan setelah berusaha melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil. Rezeki yang ditentukan oleh Allah di dalam kehidupan seseorang amat berkait rapat dengan kerja dan usaha yang berterusan seperti kata pepatah 'Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.'

Pepatan Arab juga ada menyatakan 'mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan.'

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan benar-benar tawakal nescaya Allah merezekikan kamu seperti Dia merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang."  (Riwayat Ahmad)

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dalam kehidupan. Namun perkara paling utama adalah memastikan agar pekerjaan yang dilaksanakan   halal dan tidak bertentangan dengan syariat. Kita mungkin bekerja sebagai peniaga, usahawan, petani, pekebun, penternak, nelayan, mengambil upah, penjawat awam, bekerja di sektor swasta, maka itu semuanya digalakkan.

Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan niat yang betul bagi mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada Hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama."  (Riwayat al-Baihaqi)

Islam menuntut umatnya agar melaksanakan pekerjaan dengan itqan atau sifat tekun dan penuh komitmen. Itqan juga bermaksud melaksanakan kerja, tugasan, amalan bersungguh-sungguh, sempurna dan terbaik mengikut tatacara, peraturan, disiplin yang ditetapkan.

😊😊😊

oleh itu, perlulah kita ni bekerja untuk kelanagsungan hidup kita sendiri. Di dalam era kehidupan masyarakat yang penuh mencabar ini, lebih-lebih lagi semenjak wabak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai golongan yang terkesan sehingga kehilangan pekerjaan, namun ada juga yang berusaha meneroka peluang dan cuba melakukan pekerjaan yang baharu demi meneruskan kehidupan. 

Peluang tu ada, peluang tu harus di cari. Usaha selagi mampu. Rezeki tidak turun dari langit tetapi rezeki tetap ada sekiranya kita berusaha. Cari peluang pekerjaan, mula semula dari bawah, slowly insyaallah akan berjaya. Memanglah orang akan cakap...elehh...tak alami dan tak kena kat batang hidung sendiri boleh la cakap. For me orang yang cakap macam ni adalah orang yang negative. Dia sendiri tak nak ubah hidup dia kan...tapi bila orang lain yang dia nampak berjaya, dapat rezeki, setiap hujung bulan ada gaji, dia yang kecam dan mengeluh. Sedangkan diri sendiri tak usaha kan...

Usaha la...tak kisah la bujang ke atau berkeluarga ke...masing- masing ada tanggungjawab. Kalau bukan tanggungjawab untuk keluarga pun tetap ada tanggungjawab untuk diri sendiri. Kena ingat..setitis peluh kita bekerja selain kita bekerja untuk keluarga kita turut menyumbang kepada ekonomi negara. 

Am i right? So jangan mengeluh...sebaliknya USAHA...


9 comments:

  1. Niat kerja kerana Allah SWT kan kak.

    ReplyDelete
  2. tak keje. mana nak cekau duit. he3.

    ReplyDelete
  3. kerja kerana Allah, kerja kerana nak cari rezeki..utk kehidupan...

    ReplyDelete
  4. Kerja cari rezeki yang berkat.
    Kak SA nanti share la skop pekerjaan akak.. Mesti ada yang cari bidang dan tugas kerja kak SA. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah share la Nani..nanti akak cari balik link

      Delete
    2. Nah nani http://www.suriaamanda.com/2021/02/tugas-sebagai-setiausaha-sangat.html

      Delete
  5. Bagus. Kerja apa-apa pun takde hal asal halal dan dapat saving untuk masa depan.

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak SA. Saya setuju. Saya yang surirumah ni pun usaha kerja dari rumah secara freelance. Asalkan kita ada usaha untuk memajukan diri dan niat cari income untuk diri sendiri dan keluarga kerana Allah. InsyaAllah dipermudahkan. Nak dengan taknak je kan?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah