Friday, January 27, 2017

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?

Mari kita baca jawapannya...

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*


*Satu*
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

*Dua*
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

*Tiga*
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

*Empat*
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

*Lima*
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

*Enam*
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

8 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedekah membersihkan harta kita. Besar hikmah dengan bersedekah nie. Nice sharing dear 👍

    ReplyDelete
  3. Bila bersedekah, hati terasa tenang.

    ReplyDelete
  4. nice sharing SA...sedekah paling mudah utk dapat pahala.

    ReplyDelete
  5. Sedekah sebahagian rezeki yang kita ada.. Sesungguhnya rezeki kita dapat tu sebahagian tu rezeki orang lain. Nice sharing SA

    ReplyDelete
  6. sedekah itu mudah.. tapi yang mudah tu le yang susah nak buat.. takut jatuh miskin agaknya..

    ReplyDelete
  7. nice sharing kak. semoga bermnfaat untuk semua

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah